Friday, June 4, 2010

DOA

ku tertarik dengan satu tulisan yang menghuraikan tentang doa kita kepada Allah S.W.T melalui
"Said Badiuzzaman An Nursi" di dalam risalah-risalah An Nur beliau.

beliau memberikan analogi umpama seorang budak yang mengadu sakit dan meminta ubat daripada doktor.

Ada kalanya doktor akan memberikan apa yang dikehendaki oleh budak itu untuk menyembuhkan kesakitannya.

Adakalanya doktor tersebut akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta oleh budak tadi untuk menyelesaikan masalahnya dan ada kalanya doktor tidak memberikan apa-apa kepada budak tadi kerana dia tahu ubat tersebut akan membawa
kemudharatan kepada budak itu dan akhirnya kesakitan itu pergi dan budak itu kembali sihat.

Begitulah adanya apa yang berlaku kepada setiap permintaan dan permohonan yang kita panjatkan kepada Allah dalam setiap doa-doa kita.

Dia berjanji untuk menjawab segala permohonan kita kepadaNya namun Dia tidak menjamin akan menerima dan memberikan se'bijik' apa yang kita mohonkan itu.

oleh itu, sentiasalah kita berdoa apa yang terbaik untuk diri kita supaya kita mendapat rahmat dariNYA.. tambahan pula doa juga merupakan satu ibadah..

p/s: kita perlu perbanyakkan doa ke atas orang-orang palestin.. semoga mereka mendapat perlindungan dan rahmat dariNYA..

2 comments:

Zalikha Taza said...

betul...

janganlah sedih apabila permintaan kita tidak dimakbulkan...

pabila ALLAH tidak makbulkan permintaan kita, bermaksud DIA ingin memberikan sesuatu yang lebih baik pada kita...

ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Unknown said...

terus meminta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers