Monday, July 30, 2012

Disiplin

Menjadi orang yang berdisiplin adalah sangat susah bagiku.. dari zaman belajar sampailah sekarang..

masa belajar dulu..

pernah buat timetable.. timetable untuk study, solat, main
tapi mostly tak ikut.. then buat something ikut suka hati.. kadang2 yang tak plan bole buat plak.. yang plan entah ke mana..
one of the factor to success is discipline!
huhu sebab tu la kot i'm not so success bila belajar dulu.

Tak apala.. usah di kenangkan benda yang lepas.. just kenang untuk di jadikan pengajaran then berusaha pada masa hadapan pulak.. so terasa untuk mencabar diri ni.. untuk menjadi seorang yang berdisiplin. ooo YES!

Kalau dulu nak berjaya sebagai seorang pelajar, sekarang nak berjaya sebagai seorang Muslimah, seorang anak, seorang pekerja dan bakal isteri yang berkaliber.. hehehe..

terasa tercabar then i'd made daily checklist for me.. (kita tengok sejauh mana diri ni boleh berdisiplin)

Kalau dulu susah nak ikut tak akan sekarang yang dah berumur 24 tahun ni tak boleh pulak kan? aish buat malu jer kat budak2 sekolah yang sangat berdisiplin tu kan?

Please la buang sifat2 malas yang ada pada diri tu.. try untuk menjadi lebih rajin dan yang penting lebih berdisiplin!! Chaiyok!!
















Fasa Kedua

Alhamdulillah.. dah memasuki fasa kedua Ramadhan..
Sepatutnya bila dah masuk fasa kedua ni, amal ibadat perlu ditingkatkan unutuk persediaan menghadapi fasa ketiga kan..

Tapi..

kebanyakan dari kita dah mula kurang memberi fokus kepada bulan Ramadhan ni.. mostly dah mula terfikir persiapan menyambut syawal.. Alangkah ruginya kan.. termasuk la diri ni.. huhu..

Apa2 pun semoga kita semua tersedar akan kenikmatan berada di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Ayuh bangkitlah! bangkitlah mendekatkan diri pada yang Maha Esa!!



Friday, July 27, 2012

Bertunang

Khitbah/Bertunang adalah muqaddimah atau permulaan kepada  nikah atau kahwin. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya?  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

tapi..

bagaimana pula yang dah kenal ataupun berkawan selama beberapa bulan, beberapa tahun? perlu ke bertunang ni?

Pernah juga tengok kat facebook ada orang update and share status mengatakan bila si lelaki melamar si perempuan dan setuju, itupun dah di kira bertunang.. yeke? 

so.. tak perlula kot nak buat majlis tunang ni since dah kenal bakal suami kita tu kan.. especially yang dah kenal bertahun-tahun. hehe.. so, nikah je terus.. haha.. (tak sabar le tu)
kalau ikutkan hati memang nak nikah je terus. senang.. :p. bertunang ni pun tak wajib cuma tuntutan adat maybe?.. ada apa dengan adat? adat nak ikut sangat.. tapi hukum? mmm.. ada yg ikut ada jugak yang tak. kadang2 yang tak ikut tu lagi banyak dari yang ikut..  (Based on my housemate punya nasihat)

for me, adat bertunang ni perlu sebab dalam tempoh tu bolela siapkan diri, belajar memasak ke, menjahit ke, kontrol emosi, dll sebelum menempuh ke alam seterusnya. yang paling penting time ni la nak kumpul duit dengan bersungguh2 untuk buat kenduri kahwin nanti. :)

Trend majlis pertunangan zaman sekarang plak memang dah grand sangat2.. siap ada pelamin, khemah pastu siap kad jemputan lagi.. dah macam nak buat kenduri kahwin dah.. hehe.. tak pe la dorang kan mampu.. nak buat besar mana pun buat la..



so, pada yang golongan yang biasa2 ni.. tak perlu la nak membazir nak buat tu nak buat ni masa majlis pertunangan tu nanti.. buat ala kadar mengikut kemampuan.. jangan nak pening2 kepala.. nak buat tu nak buat ni.. nak ada tu nak ada ni, kalau ikutkan hati sangat.. haaa botak la kepala.. belum nikah tapi dah over nak buat macam2. oh please! Ukur baju di badan sendiri ok!

Mood: Menghitung hari..

Thursday, July 26, 2012

Checklist Ramadhan

Seminggu dah pun berlalu.. do u enjoy your fasting and ibadah in this Ramadhan?

flashback memory..
before Ramadhan come around.. I'd made a checklist Ramadhan.. hoho.. semangat weh! sebab nak buat ibadat yang terbaik untuk ramadhan kali ni.. masa ni la masa untuk kita mengenal diri kita yang sebenar, tanpa gangguan syaitan yang dah di rantai tu kan.. If kita masih buat benda2 yang tak baik seperti :
mengumpat..
menfitnah..
buat maksiat..
tak solat..
tak puasa..
dan macam2 lagi..
itulah diri kita yang sebenar kan..

So.. we have to challenge ourself ok! tahan nafsu.. for everything.. and the most important is: have to be discipline!! oh Yes.. I CAN DO THIS.. walaupun sebelum ni sgt susah untuk mendisiplinkan diri... adoi.. so. inilah masanya untuk cuba mencabar diri untuk mendisiplinkan diri..

DISCIPLINE IS ONE OF THE FACTOR TO SUCCESS!!!

dulu.. nak berjaya sebagai seorang student.. tapi...
FAiled!! hoho.. sebab sangat susah unutk mendisiplinkan diri.. huhu

SO..

Now.. I want to be succes in my life as Hamba Allah!! InsyaAllah.. To all my friends.. please pray for me to be always istiqamah.. :)

Ok.. Back to cerita Ramadhan..


One of the biggest challenge for me is.. Khatam Al-Quran for this Ramadhan.. selama 24 tahun ni tak pernah niat untuk khatam quran kalau tibanya ramadhan.. selalunya just aim untuk tarawih for every night.. So, untuk kali ni I have challenged myself for khatam Al-Quran with 30 juzu'. Mean 1 juzu'/day.. Tapi untuk tahun ni ada 29 hari je.. tak tolak lagi dengan "Red day"= 7 day.. so, just 22 day left for me to complete 30 Juzu'..
So.. i have to read 2 juzu'/ day for 8 days..
1 juzu' = 20 pages.

really challenging since tak pernah buat.. Normally just read 1/2 page per day.. Mula2 mcm tak yakin tpi try jugak..

Really amazing..
sebab bila dah start baca quran for a lot of pages/day.. rasa seronok plak.. so, bila ada masa terluang memang akan baca..

So.. anda pun bole.. jom pakat2 isi masa terluang kita dengan mendekatkan diri padaNya :)

Friday, July 20, 2012

Pertemuan Vs perpisahan

1 May 2012

Saat ketika berpindah untuk masuk ke rumah sewa baru di Bayan Lepas. Pada masa ni housemate yang deal dengan ku tak ada. balik lambat sebab kereta rosak. kemudian dia bagi no fon housemate sorang lagi. Ana namanya. Bila dah sampai terus contact Ana then luckyly dia dah ada kat rumah. baru balik kerja dengan berbaju kurung dan bertudung litup.. cantik orangnya.. bekerja di Tabung Haji.

Di saat perkenalan, masing-masing sibuk cerita pasal diri masing2.. nama, asal, kerjaya dan sebagainya. Boleh tahan jugak orangnya sebab happy go lucky.. hehe.. memang geng la nampaknya. suka buat lawak, suka buat orang ketawa.

tapi, dia tak selalu keluar, after balik kerja memerap je kat rumah. lain macam budak sorang ni ha. boleh dikatakan tiap2 hari keluar ngan buah hati, buah jantung @ pengarang jantung? :p

Jun 2012

dapat tahu yang rupa2nya dia pekerja kontrak je.. Middle of July dah abes kontrak. ala.. sedihnya bila dengar.

masa ni dah mula rapat.. kadang2 keluar jugak.. bersama my abang2.. sangat happening..

July 2012

Kesuntukan masa.
ada beberapa hari ja lagi untuk spend time together. plan nak tengok movie, main bowling, round island, cari durian sedap, makan-makan.. semua nak buat time ni..


18 July 2012..

Kontrak dah pun habis..
Then as housemate & kawan yang baik hati (baikla sgt kan).. plan ngan my abag2 untuk buat farewell party untuk cik ana ni..

after maghrib terus siap2 keluar ke kompleks bukit jambul..

went for dinner-sponsored by me
main bowling-sponsored by my abg
then supper-sponsored by my 2nd abg.. :D
sgt enjoy..
sambil bergelak ketawa..
farewell yg sgt meriah even 4 orang je..




To cik ana..
Good Luck for your future..
InsyaAllah.. jumpa lagi nanti..
will miss u..

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

Syaaban bakal melabuhkan tirai..
Ramadhan pula bakal menyusul tiba beberapa jam lagi.. :)

Ramadhan..
Bulan yang dinanti oleh semua umat islam..
untuk beribadat..
menghambakan diri pada sang pencipta..

masa ni lah masa unutk kita berlumba menggadakan amalan-amalan kita sebagai bekalan untuk ke sana..
masa ni jugak perlu bersyukur sebab masih berkesempatan untuk berada dalam bulan yang penuh barakah ni..

buat semua saudara-mara dan rakan taulan..

SALAM RAMADHAN..

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan sabar. Jauhi perkara2 yang boleh membatalkan puasa.. semoga sentiasa berada di dalam jagaan dan rahmat dari Allah S.W.T
Amin.


Friday, July 13, 2012

Takut masuk hospital

kenapa orang2 tua tak nak g hospital ek?

walaupun dorang sakit..
tapi masih bergantung dengan ubat2 yang di beli kat farmasi, klinik2..

kalau p hospital kan ada doktor..
yang boleh check condition badan kita..
bole rawat kalau ada komplikasi yang teruk..

kalau depend kat ubat2 klinik ja mana kita akan tau sejauh mana kesihatan kita kan?

kadang-kadang dorang tahu yang lebih baik pergi hospital..
tapi still tak nak gi hospital..

salah seorang nya my ayah.. huhu
dah ada sakit jantung tapi still tak nak rujuk dengan doktor pakar. just check kat klinik then amek ubat.
rutin harian 3 kali sehari mesti makan ubat..

macam ayah ni.. dia tak nak g hospital sebab dia tahu dia akan di tahan sebab jantung dia memang ada masalah. sekarang depend kat ubat ja untuk tahan sakit. kalau tak makan ubat sehari pun dah sakit.

bila anak2 pujuk, dia cakap dia tak nak duk hospital, dia nak rehat kat rumah je.. nanti kena cucuk sna cucuk sini pastu ada wayar  plak sana sini..

dah puas memujuk ayah.. tapi dia still tak nak pergi hospital..

hari ni.. anak sulong dia balik, pujuk then ayah setuju.. (penangan anak sulong + lama x balik kampung).

Alhamdulillah.. akhirnya ayah setuju nak g hospital. bila check ofkosla kena admit. so ayah kena admit 2 hari.. start hari ni.. huhu.. hari ni balik kampung ayah tak sambut la sebab dia bermalam kat hospital.. tapi demi kebaikan dia untuk masa depan dia kena dapatkan treatment dari hospital..

hari ni birthday ayah.. hari ni jugak dia masuk hospital.. mesti ayah sedih kan.. sebab dia kena tahan dan terpaksa bermalam di wad.  tapi ayah kan kuat semangat.. :)

p/s: tak sabar nak balik kampung malam ni!!!

Wednesday, July 11, 2012

Masa bujang masa untuk enjoy?

kau kan masih muda..
buat apa nak kahwin awal2..
rileksla..
muda2 la time kita nak enjoy..
biar enjoy puas2 dulu baru la kahwin..
baru awal 20-an tapi dah nak kahwin..

kenapa ramai yang cakap macm tu ek?
nak enjoy tu mesti masa muda ke?
mesti masa bujang ke?

bila dah berkahwin tak boleh enjoy ke?

normally after married,
bila si suami keluar ngan kawan2, balik lewat malam sebab tgok bola, makan2, sembang2.. dll
nak pulak selalu keluar dan balik lewat kan.
si isteri mula bising.. ayat yang biasa digunakan:
abang ni kenapa? masa muda2 dulu tak puas enjoy ke? dan mulalah pertengkaran di situ (based on experience orang, cerita2 kat tv,)

waktu nak enjoy ni tak perlu la terhad pada waktu2 tertentu..
sebab kita manusia..
kadang2 kita perlukan masa untuk berhibur @ enjoy.. tapi berhibur yang tidak melampau.. boleh nak enjoy tapi dalam hati masih ingat DIA yang satu.


Enjoy lepas kahwin lagi best what.. enjoy bersama pasangan masing2 tambah2 pulak bila dah ada anak2.. mesti rasa bahagia kan.. then bila nak keluar ngan kawan2 why not bawak isteri masing2.. masing2 boleh enjoy kan..
tapi ikut keadaan la.. kadang2 bila dah ada kecik mmg susah nak keluar bersama kan especially bila dah larut malam.
apa2 pun si suami pun kalau nak keluar malam ngan kawan2 bole.. tapi jangan smpai balik lewat malam.. kesian kat si isteri dan anak2 kat rumah.. kang tak pasal2 kena tidur kat luar rumah.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers