Friday, June 22, 2012

New job, new post

hampir 2 bulan bekerja di kilang baru..
kerja tak da la sibuk sangat sebab kilang yang kecik, production nya tak banyak.. so QC check pun tak banyak.. sebab tu la ada masa nak update cerita.. :D kalau kat Raiya memang tak sempat la..

my JD here is quite differents compared to my previous job. at senwill cosmetic my post is QC chemist and responsible in QC inspection and documents control. Totally different sebab kat Raiya my post as assistant chemist and JD is more to R&D work.. create and develop new products which is more interested. huhu

Sometime i felt regreted..
but sometime i felt relieved..

when we have decided something..
never look back.. just look forward..
think positive, think outside of box..

because everything happened for a reason..



Alhamdulillah.. I have learned a lot..

 kita kena tahu yang kadang2 Allah yang gerakkan kata hati kita untuk membuat atau melakukan sesuatu especially kebaikan dan kebajikan..

Wednesday, June 20, 2012

makin cerah~

tiba-tiba hari ni ada orang tegur..

wan..
u nampak makin cerah ye sekarang.. guna product apa? product company kita ka? haha.. sempat lagi dia berseloroh..

sorry to say la..
kalau tak dapat free jangan harap la i nak beli.. :p

betul ke makin cerah?

jeng jeng jeng.. guna apakah?

actually first masuk kerja dulu tak make up pun.. just pakai compact powder je pun. then beberapa minggu yang lepas ada buat facial and they said my skin so kering and need to apply moisturizer, cream bla bla bla.. (huh.bosan).

after that baru la terhegeh-hegeh nak jaga muka kan.. b4 ni ada jgak jga tpi just basic one la. cuci muka, apply toner, then compact powder, lip balm. tu je? haha.. sgt x perempuan kan..



normally make up and perempuan tak dapat di pisahkan..
but not for me..

i tak suka make up..
sampai kawan2 ckp nanti bila dah ada bf mesti hari2 make up. haha.. tapi bila dah ada bf pun tak make up sgt pun..sampai si dia tegur. and my answer is.. ala nanti after kahwin i make up la tiap2 hari.. just for u.. make up sekarang nak tayang kat sapa (haha.. jawapan selamat).

kenapa tak suka make up?

1. sebab proses untuk make up tu mengambil masa yang agak lama?
2. sebab bila make up kena ada barang2 skin care yang banyak like toner, serum, moisturizer, bb cream, foundation, blusher, mascara, eyeliner, dll (so wasteful?)
3. very risk? cause involve so many chemicals inside?
4. Tabarruj

and my answer is more to no. 3 and 4. yes. confirm.. because i more prefer to eat ulam2 and take care of my skin traditionally.  lebih jimat dari segi masa dan kewangan. I have used to apply aloe vera, eat carrots and tomatoes, ulam-ulam.. tapi since dah move to penang, dah jarang makan dan guna semua ni.

dan yang paling penting adalah nak elakkan dari tabarruj..





dan bila dah ada duit..

mulala nak beli products yang ada kat pasaran sekarang.. dah mula lupakan cara traditional tu.. ye la sekarang kan dah moden?

huhu.. bila ada duit.. semua manusia menjadi malas kan? aishh..

so.. sekarang dah ada 1 set skin care..
dah mula nak ber make up.. just basic one la.. dan niat untuk menjaga kulit muka dan bukannya untuk tabarruj.

and hasilnya.. ada orang tegur kulit makin cerah.. kira berkesan jugak la ye.. hehe.. actually my skin memang cerah jugak pada mulanya.. di sebabkan diri ni terlalu aktif, bersukan dari darjah 4 dan sampai sekarang naik motor.. kulit terdedah kepada cahaya matahari membuatkan kulit menjadi letih, lesu dan bertambah gelap.. so niat di hati hanya nak elakkan kulit become worst dan jaga apa yang patut.


kerja

kenapa kita perlu kerja?



setiap individu mempuanyai jawapan yang tersendiri dan kebanyakan jawapan yang biasa kita dengar adalah untuk mencari rezeki. untuk diri dan keluarga. jarang sekali kita dengar seseorang tu bekerja sebab nak belajar. kan?

tapi kalau dalam resume mesti letak sebab nak belajar, belajar, dan belajar.. tapi hakikatnya nak cari duit lebih. standard la kan. penemuduga pun dah tau yang setiap calon temuduga yang datang mesti nak gaji lebih tinggi especially pada yang dah berpengalaman.
yang best tu pengalaman setahun dua pun dah nak demand lebih..

itulah pekerja swasta..
nak gaji basic lebih..
lompat2 kerja..

setahun kerja kat company tu.. setahun kerja kat company ni.. then after setahun tukar lagi..
kalau bernasib baik.. bole naik sampai 5 ratus and above.. tapi biasanya 2 atau 3 ratus je.

bagi yang 1st time kerja and stay dengan kerja tu bertahun-tahun basic still naik based on the annual increment. tapi basically annual increment tu tak da la banyak sangat normally dalam seratus. kalau dalam 2 atau 3 ratus tu mungkin sebab dapat promote ke jawatan yang lebih tinggi.. tak pun anak buah kesayangan bos.. hehe..
mungkin jgak sbb very komited dengan kerja.

back to the lompat2 kerja.

bila dah tukar kerja..
kadang2 tak konfem lagi pun dah cari kerja lain. sebab apa? kerja kat tempat baru tak best la, boring la, tak da keja la, adoi.. dah namanya pun pekerja baru.. still under training. kadang2 bos tak bagi banyak kerja pun sebab tak nak bagi pekerja baru ni pressure.

tapi..
nak basic lagi tinggi..

hahaha.. itulah diri yang.
tak pernah puas dengan apa yang dia dapat..

please.. concentrate on your job right now..
kerja tak bagus mana, dah la still freshie, banyak yang kena belajar tapi nak demand lebih.. oh please.. sedarlah diri tu wahai diri..

Sunday, June 17, 2012

Mereka..

keputusan untuk berhenti kerja then move to penang adalah sebab untuk mencari rezeki lebih.. sebelum berhenti kerja ramai kawan-kawan cakap tinggal kat penang bahaya sedikit so kena pandai berhati-hati. bila dorang cakap macam ni memang rasa agak takut tapi memandangkan kat penang ada 2 orang abang so adala kekuatan untuk mulakan hidup baru kat penang.

sebulan kat penang..

Dua kejadian yang tak di ingini dah berlaku..
1. Accident
2. Di samun

setahun kat seberang tak ada plak kejadian2 yang pelik berlaku. setakat tayar motor pancit tu adala..

apa2 pun.. ini semua ujian.. untuk menjadikan ku lebih kuat.. InsyaAllah :)

sangat bersyukur sebab ada abang2 yang sangat membantu..

1. Bami (abang ke4 yg still single)


2. Cik abang..


Thanks a lot to both of u.. I <3 them

belanja makan nasi goreng ketam + kerang bakar (abaikan tisu tu).. :)

Thursday, June 14, 2012

Bila ayah sakit..


Bila baca post bandi dalam my family group kat FB rasa jantung berdegup kencang.. masa tu asyik ingat kat ayah ja.. 

then teringat 2 mggu lepas masa balik kampung. nampak ayah terketar-ketar mencari ubat. demam katanya.. tapi demam dia menakutkan, sampai terketar-ketar, then after makan ubat, dia tidur baru tak ketar2 cuma tak larat je.. 

then pada beberapa hari lepas dapat tahu plak berita terbaru pasal ayah.. blood pressure sampai 200 tu mmg sgt tinggi..  memang tak boleh duk diam rasa macam nak balik je.. tapi bila dorang cakap ayah dah ok after that.. baru rasa lega sikit.. cuma ayah tak nak g hospital untuk check dgn lebih lanjut.. takut kena tahan ward.. huhu.. kami semua berusaha pujuk ayah tapi dia tak nak jugak..

So far, alhamdulillah dia masih kuat, masih boleh keluar pergi kedai beli barang2 kat mak. actually mak baru balik dari K.L. seminggu dia kat sana. tinggallah ayah keseorangan. sebab tu makan tak terkawal then time cuti sekolah pulak kenduri banyak.. no wonder la bp bola cecah 200.

semalam abg2 bawak dia g klinik lain pulak untuk check lagi. syukurlah ada balan and bangdi kat kampung sebab dorang dapat tukar dan mengajar kat kampung. dapat tengok2 kan mak ayah.. 
Then everything was fine.. Alhamdulillah.. 






kenapa banyak sangat pengepit?

so.. minggu ni nak balik kampung!! 

semoga kesihatan ayah bertambah baik.. InsyaAllah..
dia dah buat keputusan untuk berhenti merokok. good for him.. 
Alhamdulillah. syukur sangat2.. 
semoga ayah kuat semangat..

Ya Allah..
permudahkanlah segala urusan ayah..
berilah kesihatan yang terbaik untuk ayah..

i Love u ayah.. :)





Tuesday, June 12, 2012

Bila tak solat

Menunaikan solat merupakan satu kewajipan yang wajib bagi setiap orang yang beragama islam.
merupakan ibadat yang paling penting bagi setiap muslim dan muslimat..
solat tiang agama..
tidak lengkap solatmu..
tidak lengkaplah imanmu..

5 waktu sehari..
subuh, zohor, asar, maghrib, isyak..
yang hanya mengambil masa 10-15 minit pada setiap waktu..
untuk menyembah dan sujud pada sang pencipta.. tanda kita sebagai hambaNYA..

jadi kenapa masih tak solat?

solatlah kita walau dimana kita berada..
ketika azan dilaungkan.. tanda waktu untuk solat sudahpun tiba..
berhentilah segala perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan pada masa itu..
ayuh.. solatlah..

bila ia merupakan satu kewajipan ke atas kita..
walaupun di mana kita berada..
solatlah.. jika masuk waktunya..
walaupun tiada surau, masjid, bilik yang selesa..
carilah tempat yang bersih untuk menunaikan ibadat yang wajib ini..
tiada surau atau masjid bukan alasan untuk kita meninggalkan solat..


 sekadar gambar hiasan

TAPI..

kebanyakan orang islam sekarang..
tidak menjadikan solat sebagai satu kewajipan..
kadang2 solat.. kadang2 tak..
bila solat pun tapi lambat..
selalu tangguh menagguh..
kemudian terlupa..
bila terlupa tak solat..

Sedihkan?

 Allah Ta’ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)

Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam.

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir. (klik sini untuk rujukan) 



Sangat menakutkan.. 

sebab..
kadang2 x ingat pun nak solat.. 
kadang2 suka tangguh solat..
bila keluar shopping atau dating solat entah ke mana.
sangat teruk.. 

ku bersyukur..
DIA masih memberikan ku waktu..
untuk berubah..
untuk melaksanakan kewajipan ini dengan sempurna..

Ya Allah..
permudahkanlah segala urusan kami..
kuatkanlah hati dan iman kami..


semoga istiqamah.. InsyaAllah.. :)




Sunday, June 10, 2012

Kesempitan hidup adalah sebab untuk melakukan kejahatan?


Kesempitan Hidup

Apabila manusia terpaksa melakukan kejahatan kerana kesempitan hidup..
kesempitan wang..

terpaksa merompak, menyamun, mencuri
kerana miskin, tak ada duit..

yang mereka tahu..

hidup perlu diteruskan..

setiap hari kena makan, minum..

tapi sumber wang yang perlu dicari? Kat mana?

Sedangkan mereka tak bersekolah habis..
tak ada kelulusan..

kesian kan?

tapi..

rezeki Allah tu kan luas..

buatla kerja apa2 sekalipun.. yang penting halal.. tak kisah la kerja kat kedai makan sekalipun.. dengan hanya mencuci pinggan mangkuk, ambil order, sapu sampah.. dll.

kerja yg hebat sikit bagi yang tak ada kelulusan ni.. kerja kilang.. sebagai operator pengeluaran.. kalau kilang besar sekurang2 nya ada spm.. tapi bagi kilang kecik ada pmr pun dah bole apply..

banyak lagi kerja yang bole buat..

-berniaga, buat bisness,
-mngambil upah menebas ke, meracun ke.. kat dusun2, kebun2. (bagi orang2 kampung),
-menoreh pun boleh.. (tapi yang ni kena ada skill. Tak salah kalau belajar kan.. tapi busuk.. rmai yang tak nak buat sebab ni.. sigh)

ada byk je peluang untuk bekerja..
sama ada nak atau pun tak.

Sebab apa tak nak?

Sebab malas..
sedih kan..dan ramai yang tak nak kerja sebab malas ni..

RACUN YANG PALING BERBISA ADALAH MALAS..

sedih sangat..
dan orang yang melakukan kekerasan untuk mintak duit tempoh hari adalah antara golongan2 orang2 yang mencuri kerana terdesak.. 

p/s: baru2 ni masih berkesempatan untuk solat zohor kat surau yang sama. Alhamdulillah dah ada bilal kat situ. xda la sunyi surau tu. tapi bilal tu keseorangan..  still rasa takut walaupun ada bilal sebab bilal tu still seorang lelaki.. kawan2 yang lain kadang2 dtg lmbat sebab dorang lunch dulu. bilal tu ada menceritakan pasal budak yang mintak duit hari tu.. budak tu dah dikurung dalam rumah.. harap2 tak ada la kejadian seperti ni lagi..

Tuesday, June 5, 2012

Incident - di rompak??


sesuatu yang tak di duga telah berlaku.. 1 kejadian yang telah meninggalkan kesan yang agak pahit dalam ingatanku ni.. setakat accident sikit tu ok lagi tapi benda yang berlaku pada hari tu membuatkan ku trauma untuk beberapa hari.

Sudah menjadi rutin harian time break, ku akan beli nasi bungkus dan makan di surau kampung berdekatan dengan kilang tempat kerja ni. Di sebabkan kilang ni kecik, so xda la surau. Memang xda space dah. Yang ad cuma stor packaging tu pun dah penuh sgt dgn barang, ni la disadvantage kerja kat kilang kecik ni. Kebanyakan pekerja kilang kat kawasan ni akan pergi solat dalam surau kampung berkenaan. Tapi mostly time rehat pukul 1pm. My time break pulak 12.30pm. Sedikit awal then terpaksa rush jgak untuk solat zohor. Waktu zohor sekarang adalh 1.18pm tapi di sebabkan jam kilang cepat 5 min so masuk rehat mmg akan lebih waktu.. (ku sgt skema kalo bole mmg akan masuk b4 1.30 huhu). So tepat 1.18 terus solat zohor walaupun kdg2 imam masjid lain x smpat azan g pun. (selama sebulan dtg sini, surau ni x da imam) sedih kan? Huhu

masa first masuk kerja kat sini mmg agak frust bila di beritahu kilang xda surau, kalau nak solat kena solat kat surau luar tu. Tapi benda yang sangat menyedihkan adalah pekerja2 muslim kat sini tak pernah keluar solat pun. So, I have to go to surau alone. T_T di sebabkan waktu rehat 12.30pm dan pekerja kilang lain 1pm, so everyday I'll arrived first. Alone. After 1pm baru dorang datang.

So, my daily routine is I'll go to that surau, eating and perform zohor. Around 1 pm I'll slept for a while waiting for zohor lonely.

One day..
on
31 May 2012

after lunch, I was slept for a while..
suddenly..
terasa rambut di tarik.. masa tu ingat kwn2 lain dah datang n saja nak bergurau tarik2 rambut.. tapi rasa sakit sangat then bila buka mata ternampak seorang lelaki sedang menarik rambutku.. apalagi terus menjerit la mintak tolong.. tolong! Tolong! First time jerit mntak tolong macam tu.. huhu.. tapi bila sedar yang kat dalam surau tu xda sapa2.. then sepak perut dia.. tapi tak kuat sgt since baru lepas accident a few days ago.. orangnya kecik aja.. smaller than me actually. Bole ja nak berlawan dengan dia since pernah belajar silat kan. Tapi pinggangku yang sakit menghalang ku untuk terus berlawan dengan dia.. huhu. Sedih.. baru je nak try belasah orang. Bila lagi nak praktik kan? Haha.. (konon tunjuk berani, padahal time tu dah panik gila dah) then I decided to slow talk with him.

Then try memujuk..
mangsa: tolongla lepaskan akak (sbb ingat budak2 lagi) akak datang ni nak solat jgn la buat benda bukan2 (thn nangis)..
mangsa: adik nak apa ni?
Penjahat: nak duit!
Mangsa: tapi akak xda banyak duit.. ad sikit ja.. (kebetulan x bawak purse) nah amek la duit ni..

si mangsa terus bersoal jawab

mangsa: nape nak mencuri? adik x keja ka?
Penjahat: tak
mangsa: x makan lagi?
Penjahat: tak
mangsa: pergila beli nasik dengan duit tu.. tapi jgn la apa2kan akak.. akak dah la baru lepas accident. Huhuhu (terus nangis time tu)

si penjahat panik then dia blah.. smpat dia cakap sorry dan berterima kasih sebab bagi duit..

haha.. bila ingat balik mcm penyamun dalam cita P.Ramli ja.. smpat lagi berborak.. kuikui..

after tu baru kwn2 lain datng then cerita kat dorang sambil nangis2.. huhu.. after zohor, balik kerja then report kat bos. Bos bwak g balai untuk report. Sebab nak elak benda ni terjadi kat orang lain pulak kan..

Alhamdulillah.. semuanya selamat. Cuma kepala sangat sakit sebab rambut direntap agak kuat.. hampir seminggu kejadian tu tapi kepala still rasa sakit..

berbalik kepada tajuk post ni.. betul ke penggunaan di rompak tu? hehe.. nampak mcm besar je kesnya.. :p


Friday, June 1, 2012

Accident

jumaat 25/5/12

After balik kerja, terus siap2 tukar tracksuit n berkasut untuk berjoging.. b4 maghrib stop then siap2 untuk ke pasar malam.. ingat nak jalan2 lagi tapi tiba2 hujan turun dan terpaksa bergegas balik. Just naik motor then sebelum hujan turun dengan lebatnya.. baik balik dulu.. masa tu jalan agak sesak.. jammed jugak la. Kereta bergerak perlahan.. sampai di persimpangan pintu masuk masjid tiba2 pangggg~!!!! motor di langgar oleh sebuah kereta proton waja no plat PGP 1XX. Then motor terjatuh sekali tuan nya .. gedebuk.. smpai terduduk.. try untuk bangun tapi sakit pinggang.. baru perasan keta tu macam langgar pinggang ni.. sakit sangat.. T_T

then, tuan keta keluar.. seorang lelaki 40-50 an, marah2 sebab bawak laju dan x berhenti sebab itu jalan dia.. (padahal x laju pun bawak.. huhu) then dia blah masuk masjid untuk solat isyak (masa tu azan isyak tengah berkumandang) dan meninggalkan si mangsa dalam keadaan terpinga2.. mujur ada 2 org gadis (jga bermotosikal) dtg membantu.. motor rosak teruk jgak tapi still bole start and terus g klinik after kejadian.. then called my abg. Luckly dia x balik kg lagi. Plan untuk balik kg sabtu tgah hari di awalkan sebab kejadian yg tak diduga ini.. dapat m.c so balik la kampung..

Alhamdulillah x cedera teruk, cuma tgn ada luka sikit then kaki lebam2, pinggang ja yg sakit pun. motor pun agak teruk jugak.. dah hantar ke bengkel. anggaran dalam 3 ratus jugak la..

kenapa x buat polis report?
takut.. then malas nak panjangkan cerita.. walaupun dapat tau no plat org tu.. tapi bila teringat yg kita ni org luar buat diri rasa tak payahla.. huhu..

sedih..
kesal..
dengan orang tu..
kalau betul pun salah.. kenapa x membantu? T_T

seminggu berlalu.. luka pun dah kering, pinggang pun dah ok sikit.. tpi still rasa sakit.. lebam2 still x hilang.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers