Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

Friday, December 18, 2009

CONGRATE MALAYSIA TEAM~!!

(pic from b.harian)



sukan sea di laos bakal melabuhkan tirainya..
tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya memungut 40 emas setakat ni..
emas yg ke 40 tu lah emas yang paling bermakna untuk kita semua rakyat malaysia..

sekalung tahniah di ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya membuktikan betapa mereka tidak boleh di pandang rendah ketika ini.. mungkin ini satu permulaan untuk mereka bangkit selepas ini.. seurang-kurangnya ego thailand dan vietnam telah dorang musnahkan.. huhu

sangat happy bila tengok pingat emas itu dikalungkan untuk pasukan malaysia...
tak pernah tengok dorang naik atas podium tempat pertama tu.. dan ari khamis ari tu, mereka dah berjaya menaikkan semangat peminat2 mereka untuk terus menyokong mereka..

kat sini aku tertarik dengan komen salah seorang peminat sukan sea dari akhbar harian semalam..

dia komen: " pasukan bola sepak malaysia perlu rmai orang untuk dapat 1 pingat emas tetapi daniel bego hanya seorang diri untuk dapat 5 pingat emas"..

bila dipirkan betul jugak.. mmmm.. tapi 1 pingat emas ni yang orang cakapkan, mungkin sebab dah 20 tahun tak dapat emas.. sebab tu la emas yang 1 ni orang bangga-bangga kan..

pepun tahniah tuk daniel bego jgak.. bukan senang tu dapat 5 emas, dengan 4 rekod lagi..

1 lagi acara favourite iaitu badminton.. kagum jugak ak dengan pasukan badminton wanita malaysia.. dpat emas untuk acara berkumpulan. bukan senang untuk mengalahkan jagoan2 indonesia, tapi mereka dapat mengatasinya dengan cemerlang.. TAHNIAH~!! akhirnya dapat mengatasi kemarau emas selama 34 tahun untuk acara berpasukan wanita..
dan tahniah jugak untuk semua yg telah berjaya tapi tak disebut dalam ni..

Wednesday, October 28, 2009

15 BENDA YG KITA TIDAK PERASAN...

Assalammualaikum wahai sahabatku;

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Thursday, October 15, 2009

FAKTA LELAKI & PEREMPUAN~!

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki

17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Tuesday, October 13, 2009

LELAKI OH LELAKI~

Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya.
Jika tidak, kamu akan dibilang sombong.

Jika kamu berpakaian cantik,
dia fikir kamu sedangmencuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia bilang kamu kampungan.
Jika kamu berdebat dengannya,
dia bilang kamu keras kepala.
Jika kamu tetap diam, dia bilang kamu tak punya otak. Jika kamu lebih pintar dari pada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar,
dia bilang dia paling hebat.
Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan mencuba mendapatkanmu.
Jika kamu mencintainya, dia akan mencuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalahmu,
dia bilang kamu menyusahkan. Jika tidak, dia bilang kamu tidak mempercayainya.
Jika kamu cerewet pada dia, kamu dibilang seperti seorang pengasuh baginya. Tapi jika dia yang cerewet ke kamu, itu kerana dia mengambil berat
Jika kamu langgar janji kamu,
kamu tidak bisa dipercayai.
Jika dia yang mungkiri janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
Jika kamu merokok, kamu adalah gadis liar !
Tapi kalau dia yang merokok , dia adalah seorang gentleman, wuiihh..!
Jika kamu menyakitinya, kamu dibilang perempuan kejam.
Tapi jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibuat bahagia !

apa komen kamu wahai lelaki-lelaki??

Saturday, April 25, 2009

raHsIa NaMA AndA~!

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

B- Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali

C- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.

F- Semua orang menyayangi kamu.

G - Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati Dan menilai individu.

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuaT orang lain tersenyum.

J - Opps.. kamu agak cemburu orangnya.

K - Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

L- Kamu amat percaya pada cinta.

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.

N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

O- Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

P - Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.

Q- Kamu amat hipokrit. Awas!!!

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.

S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

T- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang disekeliling mu.Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.

V- Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!

W- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada. Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

X- Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepda orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!


WAN ROSIDAH (me~!)

W- kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada.Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

N- gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur

O- Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.

D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.

(bila aku cube wat untk nma ak.. seriusly sume ni almost related dgan diri aku.. )

cube la wat tuk nama korg plak~! gud luck.. hehehe :)

# sumber: iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers