Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Update

Lama tak update cerita. Bukak aja blog banyak pulak cerita dalam draf yang tak publish. So sekali berblog hamek kau. 4 entry sekali i update.. muahaha..

Ok. Kali ni update dengan bahasa pasar. Yang digunakan dalam percakapan harian. Hiii.

Kekangan masa dan idea membuatkan i jarang berblog. Blogwalking pun jarang dah. Masa siang banyak dihabiskan untuk kerja dan malam pula untuk kerja di rumah dan suami.

Tetapi keinginan berblog hari2 tu ada. My blog ni ibarat macam diari. Kebanyakan benda suka dan duka di coretkan di sini. Memori itu sentiasa wujud. Bila tak direkod atau ditulis semua memori tu akan hilang begitu sahaja. So rugi la kan.

So sangat penting untuk i mengupdate cerita. Yang suka ja i publish yang duka i save dalam draf je. Hehe.

Start berblog ni pada tahun 2008. Dah 5 tahun dah rupanya. Masa belajar lagi. Blog adalah tempat untuk i melepaskan tekanan masa belajar. So kerap jugak update cerita masa tu.

Sekarang masih berpeluang untuk berblog. So i berharap dapatlah mencoret di sini pada sekerap yang mungkin.

Tbc..

Sunday, December 15, 2013

Food Fair Gleneagles

1 Disember 2013

Telah diadakan food fair di hospital Gleneagles di mana tempat si suami bekerja. Food fair diadakan adalah sempena charity untuk di salurkan kepada badan badan amal di penang ini. Kami perlu membeli kupon makanan sebelum acara ini dijalankan. Setiap staff perlu menjual kupon kepada customer Gleneagles sekurang kurang rm50 seorang. Customer Gleneagles kebanyakannya orang berada. Oleh itu senang sikit nak jual kupon tu. Si suami dapat 2 orang customer dari Indonesia dan dia berjaya menjual sebanyak Rm150 kupon. Rezeki suami saya pada hari itu mereka memberi semua kupon tersebut pada dia. Alhamdulillah.

Jadi pada hari tersebut si suami ajak saya pergi food fair tersebut. Dia kerja masa ni. Staff lab ada buka booth jugak. Dia antara staff yang kena jaga booth. Dengan berbekalkan kupon Rm150, macam2 makanan kami beli. Masa ni mertua pun ada jugak so bahagi jugak untuk bahagian mereka.
The best part is bila ada booth H.R. mereka menjual buku dab majalah terpakai. 2pcs rm 1. Disebabkan saya borong banyak majalah. Mereka bagi rm10 ja. Saya telah berjaya mendapatkan Reader's digest dari bulan Jan 2013 hingga Dec 2013. Plastik pun x bukak lagi. Dan juga health today's magazine dari May 2013 hingga Nov 2013. Sangat excited. Haha

Thanks to my lovely hubby~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers