Friday, June 4, 2010

DOA

ku tertarik dengan satu tulisan yang menghuraikan tentang doa kita kepada Allah S.W.T melalui
"Said Badiuzzaman An Nursi" di dalam risalah-risalah An Nur beliau.

beliau memberikan analogi umpama seorang budak yang mengadu sakit dan meminta ubat daripada doktor.

Ada kalanya doktor akan memberikan apa yang dikehendaki oleh budak itu untuk menyembuhkan kesakitannya.

Adakalanya doktor tersebut akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta oleh budak tadi untuk menyelesaikan masalahnya dan ada kalanya doktor tidak memberikan apa-apa kepada budak tadi kerana dia tahu ubat tersebut akan membawa
kemudharatan kepada budak itu dan akhirnya kesakitan itu pergi dan budak itu kembali sihat.

Begitulah adanya apa yang berlaku kepada setiap permintaan dan permohonan yang kita panjatkan kepada Allah dalam setiap doa-doa kita.

Dia berjanji untuk menjawab segala permohonan kita kepadaNya namun Dia tidak menjamin akan menerima dan memberikan se'bijik' apa yang kita mohonkan itu.

oleh itu, sentiasalah kita berdoa apa yang terbaik untuk diri kita supaya kita mendapat rahmat dariNYA.. tambahan pula doa juga merupakan satu ibadah..

p/s: kita perlu perbanyakkan doa ke atas orang-orang palestin.. semoga mereka mendapat perlindungan dan rahmat dariNYA..

Thursday, June 3, 2010

SUKA KAT DIA~

semua orang akan ada perasaan suka kan? masing-masing mesti ada crush pada sapa2..
hehe..
same goes to me..

sebelum meluahkan perasaan kamu tu, selidik la dahulu.. sama ada dia masih single ataupun tidak.. dan yang paling penting mesti confirmkan status si dia.. takut diri sendiri yang malu nanti.. huhu..

bila si dia dah ada yang punya..
so, kamu mestilah mengundur diri..
yang penting doakanlah kebahagiaan dia bersama pilihan hatinya..
last sekali jangan rasa sedih sebab tidak dapat bersama dia walaupun memang suka gila kat dia..

sebab.. ada yang lebih baik menanti kamu..


i also had crush~!! huhu
dengan sape? jeng jeng jeng...

ku mudah suka dekat orang..
especially pada sapa yang buat baik kepadaku..

antara semua orang yang ku suka.. ada 1 kaum adam ni yang sangatlah ku berkenan.. huhu..

memang ciri2 lelaki idaman kaum hawa laa.. hoho

sebab?

dia ni kan..
-berpelajaran dan beragama..
-quite gentleman
-tidak merokok
-penyayang.. sebab? suka layan budak2.. kita dapat tahu lelaki yang penyayang ini, bila kita dapat tengok dia layan budak2 macam mana..
-dia selalu memberi nasihat kepadaku.. kena buat tu kena buat ini.. tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.. ciri2 ketua yang baik lah orang kata.. dan sesuai untuk membimbing keluarga kelak..
-setiap kata2 nya memang menusuk di kalbu..
-kelakar.. memang x kering gusi la kalau berbual dengannya..

so no wonder la i had a crush.. with him.. lalalala

memang terlintas di hati ku ini untuk berdamping dengannya sebagai seorang _____. (fill sendiri la ye.. :p)

tapi..

DIA tahu apa yang lebih baik untuk diriku..
DIA tahu apa yang lebih baik untuk diri orang itu..

jodoh dia dah sampai.. dengan pilihan hatinya..

tapi ku tak menyesal kerana pernah admire kat dia.. bila jumpa orang yang macam dia.. ku percaya ramai lagi orang yang macam dia dan yang lebih baik dari diri dia..

tugasku sekarang..
usaha dan berdoa untuk mendapat yang lebih baik..
dan yang paling penting..

tuk mendapat yang lebih baik..
diri ini juga mestilah baik.. +akufobia+ kata : kena buat baik dan mesti buat baik dalam semua keadaan tak kira duduk, baring, berdiri, sapa kata tak boleh?

Wednesday, June 2, 2010

KU KEMBALI DIA PULA YANG PERGI

sudah beberapa minggu ku hanya di rumah menanti bulan jatuh ke riba yang sampai ke hari ini masih tidak kunjung tiba.. huhu

yang pasti ku dah kembali ke kampung halaman setelah 3 tahun di tempat orang, sementara menuggu untuk jejak kaki ke tempat orang yang lain pula..



kembalinya ku disini..
ada pula yang akan keluar mencari ilmu di peringkat seterusnya setelah bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.. adikku yang bongsu.. bakal menjejakkan kaki ke Kolej Mara Kuala Nerang esok.. tatkala member2 yang lain sudah daftar pada 10 Mei yang lepas, tapi dia.. daftar untuk second intake..

Gud Luck dear~ quite tough jugakla since u'd left sesi pembelajaran about 3 weeks ago..
mungkin kamu akan tertekan untuk catch up blik semua yang tertinggal itu..

nway, i'll pray the best for u..
semoganya perjalananmu sepanjang menuntut ilmu di sana dipermudahkan.. INsyaAllah..

Tuesday, June 1, 2010

BERDEBAR-DEBAR MENANTI RESULT

dengar kata UiTm punya result akan kuar 10 jun 2010 ini..
just 8 days left..

perasaan?
ofcourse berdebar2..
terketar2..
x senang duduk..
ku rasa gelisah..

why?
sebab ini adalah result yang terakhir yang akan ku dapat selama 6 semester ku belajar di UiTM Perlis..
5 sem before ni, perasaan gemuruh ini tidak ku rasa sangat..

result yang terakhir ini lah yang akan menentukan segala-galanya..

konvo kah ak pada bulan 10 ini?
dengan result inilah akan terjawab segala persoalan..

dekan (1st class upper) of course tak..
apa yang ku inginkan adalah..
ku dapat maintainkan result ku tuk second class upper..

semoganya segalanya berjalan dengan lancar..
hanya padaMU ku berserah..

AKU KEMBALI~ :P

sudah lama tak update my blog ni.. huhu.. bersawang sudah.. sekarang nak membersihkan segala sawang-sawang yang ada.. hehe

pergi ke mana aja daku selama berminggu2 ini?
nak kata busy tak jugak..
just stay kat kampung je.. sambil berfacebook, main game, tengok TV, chating dengan member2.. tapi ku bole lupa tentang hobi ku yang satu ini.. hoho

actually, tak adala lupa pun, just tak tau nak berceloteh tentang apa.. ada jer cerita yang nak dikongsikan. tapi tak ada mood nak menulis and menaip di sini.. haha.. ini semua badi daripada writing on my thesis punya report.. after submited pada 21 may yg lepas, ku dah malas nak taip apa2.. nak rehat je kerja.. haha.. and now, i want to kembali kepada hobi ku yang 1 ni.. update blog and berjalan-jalan singgah di blog kawan-kawan sekalian.. check it out~ :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers