Ingat tak masa kecik dulu cita-cita kita nak jadi apa?
kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa..
Mostly budak2 akan jawab.. DOKTOR..
ASKAR
eh? macam kenal je kan.. heee
then yang agak best sikit AHLI PERNIAGAAN
Masa kecik-kecik dulu pernah tak berangan, berfikir atau bercita-cita nak jadi seorang ahli kimia? mesti tak kan? haha. tak pernah jumpa kawan-kawan, saudara-mara yang bercita-cita nak jadi ahli kimia masa kecik-kecik dulu. kalau ahli saintis tu adalah kan.heee
Cita-cita pulak kadang-kadang boleh berubah. sekejap nak jadi doktor gigi. sekejap nak jadi pensyarah, sekejap nak architect.. (itu adalah saya.. heee)
Bila dah besar, check balik kerjaya kita sekarang.. sama tak apa yang di angankan dulu?
mmm.. macam saya ni pernah bercita-cita nak jadi doktor gigi, tapi tak amek pergigian, amek jurusan kimia. tapi apa yang bestnya my first job bekerja di kilang ubat gigi. nampak tak ada kaitan di situ.. haha.. yang samanya gigi je.. doktor tak da pun. tapi bila di fikir balik.. macam ada kaitan jugak sebab saya bekerja di bahagian R&D dan perlu formulate ubat gigi untuk pelbagai jenis gigi. dari yang sensitif hinggalah ke normal teeth. Masa tu perlu baca a lot pasal struktur gigi dan kesesuaian kita punya formula untuk gigi kita. & ofcourse i have to try myself after buat toothpaste tersebut..
Agak setahun lebih bekerja dalam bidang oral care, teringin pulak nak belajar buat skin care product. So, bila dapat peluang untuk bekerja di kilang kosmetik, saya memang tak lepasakan.. so selamat tinggal ubat gigi.. kat sini saya seorang "chemist" dalam bahasa melayu ahli kimia.. wah.. nampak macam gahkan.. haha.. tapi biasa ja. masih bekerja dalam bidang R&D and of course more interesting sebab banyak buat skin care..
kesimpulannya.. cita-cita saya dari kecik sampai sekarang memang agak tersasar juga. jadi apa yang saya jadi sekarang adalah yang terbaik buat diri ini.
1 comments:
rosidah, cam same jek cite2 ko ngan aku pernah nak jadi dr gigi mase kat matrix, sebab gigi aku buruk .mase kecik nak jadi arkitek, sebab kengkonon rasa pandai lukis.... haha, last2 aku kejer kilang, huhu
Post a Comment