Friday, May 24, 2013

Bila suami memasak


Isteri dengan dapur memang tak dapat dipisahkan. semenjak menjadi seorang isteri ni, memang la wajib masuk dapur dan memasak untuk suami kan.. ehem.. pandai ke memasak? ahaaa.. jujur kukatakan.. ku memang tak pandai memasak. setakat masak benda simple-simple tu ok la. bukannya tak tahu langsung kan. sekurang-kurangnya basic tu ada. yang jadi tak pandainya bila malas masuk dapur. hehe..

Jadi bila dah menjadi seorang isteri ni, mestila kena memikat hati suami kan. salah satu cara adalah dengan memasak. ku dengan bersungguh-sungguhnya akan cuba untuk masak selepas pulang bekerja. disebabkan si isteri ni juga bekerja menyebabkan masa untuk masak benda yang best-best tu tak banyak sangat. jadi selalunya masak benda yang simple je. yang mudah dan cepat sebab bila dah balik dari kerja, sure penat, lapar, semua ada. tapi itu sedikit pun bukan alasan untuk ku tidak memasak.

bila si suami memuji sedap.. alahai buat hati ni berbunga-bunga keriangan dan bersemangat untuk terus berusaha untuk masak buat si cinta hatiku itu..

24 Mei 2013

Hari wesak. cuti awam . tapi ku tak cuti. jadi si suami keseorangan bercuti di rumah sementara ku sedang bekerja.. (ops kantoi tengah update blog.. ahaha.. tak bz pun) . Disebabkan dia kat rumah sesorang jadi dengan rendah hatinya dia nak memasak untuk lunch hari ni.. wah.. excited.. haha.. dia jarang masak tapi pernah jugak sebelum ni tu pun baru berapa kali je. (still mau jugak masuk dapur kan.. hee) jarang dengar lelaki ni memasak kat rumah ni kan. tapi ku bersyukur sebab my hubby sangat rajin menolongku di dapur memasak selepas bekerja agak penat jugak tapi dia sangat faham dan mahu untuk menolong jika ku memasak.. thanks my love.. hee

jadi tepat pukul 1 terus balik rumah nak lunch with my hubby.. first time since married tak pernah lunch waktu kerja ngan hubby.. yela.. tempat kerja dia dengan rumah jauh. tempat kerja ku dengan rumah plak dekat. so senang la ku nak balik rumah time lunch..

hari ni dia masak nasi, tomyam ayam dengan udang goreng kunyit . my peberet.. hehe.. dan tak lupa juga jus carrot.. semua dia buat.. wah.. terharu. not bad juga masakan dia untuk yang jarang masak.. heee.. tak sempat snap pic sebab dah lapar terus makan je.. Alhamdulillah.. kenyang.. :D




1 comments:

munamuni said...

hamboi, bertuah badan dan perut ang..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers