Wednesday, May 29, 2013

Kosmetik

As-Salam

Budak perempuan. suka dengan kecantikan. betul tak? mestila kan. start dari kanak-kanak lagi mereka pantang nampak alat solekan mama dorang yang bersepah di atas meja yang agak rendah, senang di gapai oleh mereka dengan mudahnya. so apalagi mula la menenyeh muka masing-masing. kalau tergapai lipstik sure akan tenyeh mulut yang kadang-kadang boleh sampai ke pipi, kalau terambil compact powder pulak mula la tempek bedak kat muka. haha. sangat kelakar bila tengok hasil make up dorang tu kan. Biasanya mereka ni akan belajar dari mama dorang masa tengah bersiap nak g kerja atau g jalan-jalan. jadi bila mama dorang tengah masak ke, kerja ke, sure tergedik-gedik nak mencantikkan diri dengan barang make up kepunyaan mama. heee

ok. same goes to me. haha. masa kecik-kecik dulu suka guna alat dan barang2 solek my kakak. sebab my mak tak make up. just guna bedak. so pantang nampak free je mesti amek & tenyeh kat muka. then cepat2 padam takut kak nampak kan.. tapi pernah jugak terkantoi sebab dia punya barang make up makin skit. haha.. tak pasal-pasal kena marah. For sure u all pun pernah melalui pengalaman sebegini rupa.. kan? bila dah meningkat dewasa, kita pun dah sebati dengan barang-barang makeup ni so memang tak akan miss untuk beli dan guna tiap2 hari

Jadi..

Pernah tak masa tu kita terfikir bila dah besar nanti nak kerja dalam bidang kosmetik?
 so bole la dapat barang makeup free selalu..haha
Yg tu pulak difikirkan.. heee.

Disebabkan i belajar dalam bidang kimia gunaan.. tpi nama glemer nya adalah kimia guna-guna, so peluang untuk i terlibat dalam kosmetik industri ni sgt la luas. Start up with oral care punya r&d then minat dalam personal care makin bercambah and lastly involve in cosmetic world bila mana dpt offer dri kilang kosmetik. Existing cmpany ni more focus on skin care which is set penjagaan muka n badan. Barang untuk makeup mcm lipstik,compact powder,maskara dll belum buat lagi.. in future mayb..

Bila involve dlm bidang r&d ni kelebihannya sangat la banyak. Terutamanya kita bole create our own formulation then bole tau setiap function of each ingredients used. Dan yang paling penting bole dapat n try FREE.. hahah..

CITA-CITA

As-Salam

Ingat tak masa kecik dulu cita-cita kita nak jadi apa?

kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa..

Mostly budak2 akan jawab.. DOKTOR..


POLIS
 






  










ASKAR


eh? macam kenal je kan.. heee

then yang agak best sikit AHLI PERNIAGAAN

 


Masa kecik-kecik dulu pernah tak berangan, berfikir atau bercita-cita nak jadi seorang ahli kimia? mesti tak kan? haha. tak pernah jumpa kawan-kawan, saudara-mara yang bercita-cita nak jadi ahli kimia masa kecik-kecik dulu. kalau ahli saintis tu adalah kan.heee



Cita-cita pulak kadang-kadang boleh berubah. sekejap nak jadi doktor gigi. sekejap nak jadi pensyarah, sekejap nak architect.. (itu adalah saya.. heee) 

Bila dah besar, check balik kerjaya kita sekarang.. sama tak apa yang di angankan dulu?

mmm.. macam saya ni pernah bercita-cita nak jadi doktor gigi, tapi tak amek pergigian, amek jurusan kimia. tapi apa yang bestnya my first job bekerja di kilang ubat gigi. nampak tak ada kaitan di situ.. haha.. yang samanya gigi je..  doktor tak da pun. tapi bila di fikir balik.. macam ada kaitan jugak sebab saya bekerja di bahagian R&D dan perlu formulate ubat gigi untuk pelbagai jenis gigi. dari yang sensitif hinggalah ke normal teeth. Masa tu perlu baca a lot pasal struktur gigi dan kesesuaian kita punya formula untuk gigi kita. & ofcourse i have to try myself after buat toothpaste tersebut.. 

Agak setahun lebih bekerja dalam bidang oral care, teringin pulak nak belajar buat skin care product. So, bila dapat peluang untuk bekerja di kilang kosmetik, saya memang tak lepasakan.. so selamat tinggal ubat gigi.. kat sini saya seorang "chemist" dalam bahasa melayu ahli kimia.. wah.. nampak macam gahkan.. haha.. tapi biasa ja. masih bekerja dalam bidang R&D and of course more interesting sebab banyak buat skin care.. 

kesimpulannya.. cita-cita saya dari kecik sampai sekarang memang agak tersasar juga. jadi apa yang saya jadi sekarang adalah yang terbaik buat diri ini.

Tuesday, May 28, 2013

Suamiku

Suamiku..

Orang baru yang hadir dalam hidupku kini..
Yang amat ku sayangi, sanjungi..
Kaulah buah hati pengarang jantung ini..
Selalu buat diri ini ketawa..
terasa sangat bahagia bila di sampingmu..
Mukamu yang manis itu menambat hatiku selalu..
Hidungmu yang mancung itu sentiasa menjadi pujaan hatiku..
Dadamu yang sasa itu membuat ku tenang dan damai bila berada dalam dakapanmu..
Senyuman dan gelak tawamu sentiasa tersemat di hati ini..

Bila dirimu sakit..
Buat hati ini gundah-gulana..
Resah dan gelisah..

Semoga cepat sembuh sayang

Monday, May 27, 2013

Persiapan majlis

As-Salam

Hampir 4 bulan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan diadakan, kini majlis bertandang pulak akan diadakan di rumah pengantin lelaki yang mengambil masa yang agak lama juga.  Biasanya, majlis resepsi dan bertandang ni buat tarikh hampir-hampir je. senang sekali harung je kan. tapi kami lain sikit. sebab nak mencari kelainan la.. haha.. ye la tu.. banyak sebab sebenarnya. ramai yang tertanya-tanya kenapa buat lambat? padahal rumah kami dekat je.. Pepun kita hanya merancang.. DIA yang menentukannya.. so jangan banyak tanya ok.. datang je la bila kami dah jemput tu..

Tak sabar nak naik pelamin untuk kali kedua.. heee.. Macam biasa, kami akan balik tiap-tiap minggu untuk kemas rumah dan yang sewaktu dengannya... membeli-belah dengan mak ayah mertua. untuk majlis ni mak ayah mertua yang banyak terlibat. kalau kat rumah pengantin perempuan dulu, mak i duk di rumah je sebab masih dalam iddah ( kematian ayah). Jadi semua proses tempahan katering, bahan2 untuk goodies, jemputan, kad, & semua persiapan, semua adik-beradik i yang tolong. mak kat rumah cuma kemas2 rumah je.. still bagi big contribution jugak apa.. yang kami berdua ni just keluarkan duit dan balik tiap2 minggu untuk tengok kemajuan.. hehe bertuah sungguh ada adik beradik yang ramai ni.. 11 adik beradik.. dan semua bagi kerjasama bagi menjayakan majlis tersebut.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir majlis resepsi. Terima kasih tak terhingga di ucapkan pada yang terlibat especially yg datang dan yg memberi sumbangan.

 Persiapan untuk majlis bertandang

Adik-beradik husband pun ramai.. tapi tak boleh lawan i lagi la.. hehe..jadi diorang pun banyak menolong untuk buat persiapan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga pada kalian semua.. Especially pada mak dan ayah mertua yang banyak terlibat dari awal lagi. baju kahwin kami pun mak mertua yang buat. (dia tukang jahit.. :) even tengah sakit. rasa bersalah sangat kat dia tapi dia sungguh-sungguh nak tengok anak & menantu dia pakai baju yang dia jahit.. Kad kahwin plak kami yang tempah tapi mak dan ayah mertua yang terlibat untuk jemput semua orang-orang kampung dan saudara-mara.

Makanan.. kami orang kampung masih muafakat untuk majlis kenduri kahwin. so gotong-royong untuk memasak makanan masa kenduri nanti. No catering.. heee. so agak penat jugak la terutamanya mak ayah untuk memikirkan menu dan beli barang-barang untuk di masak. beras kami beli di bukit kayu hitam sebab boleh dapat beras yang elok pada harga yang murah.. :) menu utama adalah dari daging lembu sebab ayah mertua dah beli lembu 1 ekor. 

Goodies bag.. adik & kak ipar yang tolong buat bersama-sama anak buah. my husband just keluarkan duit untuk prepare barang-barang. barang-barang untuk goodies bag sama-sama keluarkan bajet.

Pelamin.. kami buat sendiri je. tak tempah pun kat luar sebab dah ada rangka untuk buat pelamin. just beli kain dan barang-barang perhiasan.

DJ & gendang silat.. DJ ayah mertua yang tempah then gendang silat kami yang cari sendiri. senang je tempah kat my abang.. hehe.. Arwah ayah adalah  pengasas kepada muzik gendang silat dan telah menubuhkan kumpulan gendang silat warisan pujangga. sekarang abang ketiga yang ambil alih tugas ayah untuk mengetuai kumpulan tersebut.

banyak lagi persiapan yang perlu buat cuma setakat ni je la yang bole i cerita.. heee..


Friday, May 24, 2013

Bila suami memasak


Isteri dengan dapur memang tak dapat dipisahkan. semenjak menjadi seorang isteri ni, memang la wajib masuk dapur dan memasak untuk suami kan.. ehem.. pandai ke memasak? ahaaa.. jujur kukatakan.. ku memang tak pandai memasak. setakat masak benda simple-simple tu ok la. bukannya tak tahu langsung kan. sekurang-kurangnya basic tu ada. yang jadi tak pandainya bila malas masuk dapur. hehe..

Jadi bila dah menjadi seorang isteri ni, mestila kena memikat hati suami kan. salah satu cara adalah dengan memasak. ku dengan bersungguh-sungguhnya akan cuba untuk masak selepas pulang bekerja. disebabkan si isteri ni juga bekerja menyebabkan masa untuk masak benda yang best-best tu tak banyak sangat. jadi selalunya masak benda yang simple je. yang mudah dan cepat sebab bila dah balik dari kerja, sure penat, lapar, semua ada. tapi itu sedikit pun bukan alasan untuk ku tidak memasak.

bila si suami memuji sedap.. alahai buat hati ni berbunga-bunga keriangan dan bersemangat untuk terus berusaha untuk masak buat si cinta hatiku itu..

24 Mei 2013

Hari wesak. cuti awam . tapi ku tak cuti. jadi si suami keseorangan bercuti di rumah sementara ku sedang bekerja.. (ops kantoi tengah update blog.. ahaha.. tak bz pun) . Disebabkan dia kat rumah sesorang jadi dengan rendah hatinya dia nak memasak untuk lunch hari ni.. wah.. excited.. haha.. dia jarang masak tapi pernah jugak sebelum ni tu pun baru berapa kali je. (still mau jugak masuk dapur kan.. hee) jarang dengar lelaki ni memasak kat rumah ni kan. tapi ku bersyukur sebab my hubby sangat rajin menolongku di dapur memasak selepas bekerja agak penat jugak tapi dia sangat faham dan mahu untuk menolong jika ku memasak.. thanks my love.. hee

jadi tepat pukul 1 terus balik rumah nak lunch with my hubby.. first time since married tak pernah lunch waktu kerja ngan hubby.. yela.. tempat kerja dia dengan rumah jauh. tempat kerja ku dengan rumah plak dekat. so senang la ku nak balik rumah time lunch..

hari ni dia masak nasi, tomyam ayam dengan udang goreng kunyit . my peberet.. hehe.. dan tak lupa juga jus carrot.. semua dia buat.. wah.. terharu. not bad juga masakan dia untuk yang jarang masak.. heee.. tak sempat snap pic sebab dah lapar terus makan je.. Alhamdulillah.. kenyang.. :D




Semangat

As-salam..

Sejak dua tiga hari ni bersemangat untuk kemaskini blog dengan entry-entry yang terbaru.. banyak cerita yang nak di kongsikan.. heee

yang membuatkan diri ini lagi bersemangat apabila my lovely hubby berminat nak join aktiviti blogging ni. wah.. sangat excited ok. hehe.. bila ada teman ni seronok la kan.. sama-sama melibatkan diri dalam benda yang kita suka.. oleh itu, semangat untuk berblog makin meningkat naik dengan mendadaknya.. haha

welcome to my hubby..

as per request, dia nak bukak 1 akaun je.. so sama-sama bole update. disebabkan akaun blog ni still aktif jadi lebih baik sambung je guna akaun ni.. :)






Thursday, May 23, 2013

Result Exam PTD

Salam..

Pada bulan April yang lepas i ada menghadiri satu ujian bertulis untuk jawatan pegawai PTD M41 buat pertama kalinya menghadiri ujian bertulis untuk jawatan dalam sektor kerajaan bagi lepasan ijazah dan buat pertama kalinya di panggil untuk menghadiri ujian tersebut. jadi semuanya adalah kali pertama. i tak ada langsung pengalaman dalam menjawab peperiksaan bertulis bagi jawatan untuk calon lepasan ijazah ni. sebelum ni ada jugak mengadiri ujian bertulis untuk lepasan SPM bagi jawatan dalam kastam. dan saya LULUS ujian tersebut then dipanggil untuk next temuduga. TAPI... dgn selambernya i tak pergi sebab ada exam. masa tu tgah belajar di matrik Penang (KMPP).. so melepas...

soalan untuk jawatan PTD ni agak susah jugak. so, i tak expect pun boleh berjaya dalam exam ni. masa tu attend exam ni pun sebab nak cari pengalaman. so that boleh tahu dia punya format dan jenis2 soalan. Ada 4 bahagian semuanya.

Bahagian A : Pengetahuan Am
Bahagian B : Matematik
Bahagian C : Karangan BM
Bahagian D : Karangan BI

So, i telah menjawab bahagian A,C,D dengan gagalnya.. hahaha.. mmg tak konfiden langsung. pengetahuan am sgt lemah. okes lepas ni kena study byk lagi pasal hal-hal negara. bagi karangan plak, memang tak banyak point yang ditulis. dengan aktiviti menulis blog ni ada jugak membantu untuk menulis karangan dengan baik tapi still tak cukup baik. so lepas ni berazam untuk terus menulis sebagai latihan untuk next ujian.. COME ON~!! karangan BI saya pun failed! so.. need to write in English as well.. tapi my habit suka tulis bahasa campur-campur.. huhu.. lepas ni kena asingkan entry dlm BM & entry dlm BI.

cuma 1 part ni je i suka.. matematik! haha.. jawab soalan dengan jayanya ok..

So.. hari ni result exam dah kuar..

JAWAPANNYA..

anda GAGAL.. haha.. as expected..

sila cuba lain kali pulak ye..








Wednesday, May 15, 2013

My birthday


A bouquet of roses delivered to my workplace. Surprised from my hubby for my 25th birthday's. felt melted with the surprised. x sangka romantik jgak i punya husband ni. Hehehe.   ( dia mmg romantic person pun) 


yg buat i lagi terharu tu pemilihan colour tu menepati favourite colour i. purple n pink. so mmg sama la dgn wallpaper desktop i mcm kat bwah ni.. hehe

sungguh kebetulan di mana pada hari tu pakai pulak baju kurung purple. hehehe. rasa sgt seronok. thanks a lot my dear hubby


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers