tahu tak apa itu fizzy rose?
fizzy rose adalah sejenis minuman. first time jumpa nama ni dekat cafe selasih. tempat yang pernah ku kerja sebelum ini..
ia adalah gabungan air soda dan sirap rose..
air soda..
air jernih dan berkarbonat..
bila di pandang ia tidak tumpah seperti air putih yang biasa.. cuma yang berbeza hanyalah air soda ada bubble gas.. sedangkan air putih air yang biasa sahaja..
sirap rose..
air yang biasa saja.. antara air yang paling murah kalau dijual di kedai makan.. 5o sen pun boleh dapat.. (itu kalau di warung2 biasa.. :p)
air yang tak selalu menjadi pilihan orang ramai la senang cerita.. ku pun jarang la nak order air ini.. hehe.. pernah jugak order tu pun sebab nak berjimat.. hikhik
tapi bila 2 jenis air ini bergabung..
ia akan menghasilkan air yang agak istimewa jugak la..
suka dengan kombinasi ini.. :D
daripada air yang biasa.. menghasilkan 1 jenis air yang agak luar biasa.. cantik dilihat.. juga sedap di minum.. :p
ini adalah perumpamaan bagi kehidupan kita jugak..
melibatkan seorang lelaki.. dan seorang wanita..
lelaki yang biasa.. dan perempuan yang biasa.. yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan.. perkara biasa untuk semua manusia.. sebab itulah mereka saling memerlukan antara satu sama lain.. untuk menghasilkan kehidupan yang luar biasa.. :) kehidupan yang luar biasa ini boleh di bina melalui satu ikatan.. ikatan yang suci.. yang merupakan sunnah Rasullullah,,
"berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku"- diriwayatkan oleh Abu Ya'la
eh tiba-tiba masuk soal kahwin pulak.. :)
baru menghadiri majlis perkahwinan rakan ku.. to Eda: selamat pengantin baru.. semoga kekal hingga ke akhir hayat..