Friday, February 26, 2010

MatanGkah kita? bahagiakah kita dengan hidup ini?

sejak akhir2 ni diri ini sentiasa dihimpit dgn perkataan itu.. dengan masalah yang di hadapi oleh rakan-rakanku sendiri membuatkan diri ini berfikir.. kalau ditempat mereka, adakah ku akan membuat keputusan yang begitu juga? adakah ku akan ambil keputusan yang begitu juga? ku fikir dan terus fikir..

itulah dinamakan kehidupan.. hidup ini tidak akan sempurna dengan tiada nya ujian.. ujian2 itulah yang mencorakkan kehidupan kita agar menjadi lebih indah.. dan yang paling penting ujian2 inilah yang mematangkan kita..

mematangkan kita untuk berfikir..

matang bukan dilihat secara zahir sahaja.. kadang2 manusia bersikap keanak-anakan tapi, dia mempunyai fikiran yang matang.. ada manusia yang zahirnya kita lihat matang, tapi fikirannya tidak matang..

entry ini duwujudkan selepas perbincangan dengan rakanku aishah tentang kematangan.. dan dia telah mencadangkan ku untuk membaca entry tentang matang ini dalam iluvislam..

disini ku selitkan tentang orang yang matang yang di petik dari iluvislam..

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber iluvislam

8 comments:

aeshah said...

wow...nama aku msuk dlm blog ang, next time state kan aishahjasli tau br org tau hahaha...

FiZZyRo$e said...

hahaha.. ok2 aishahjasli.. hehe

Pakcu Sofi said...

dah besar kan..pandai2la pk

FiZZyRo$e said...

p.cu> uhuk.. x suke jdi besar.. bila jdi besar kna pkir byk.. hoho

Anonymous said...

mengalah bkn bererti kalah..tapi mengalah untuk menang... :)- cikdd

FiZZyRo$e said...

dd> yup u r rite.. jgn tkut tuk mngalah..

Zalikha Taza said...

segala yg terjadi ade hikmahnye...hanye diri kite je yang tahu pe yang kite rase...

kekeadang orang hanye mndengar tanpa meletakkan diri di tmpt org lain..
masalh yang dtg ade baik dan buruknye...

segla yg terjadi,jadikan pengajaran dan pngalaman..

pengalaman is the good teacher..

bnyak da belajar.....

luv u so much guys~

FiZZyRo$e said...

aliq> setuju~!! dgn benda2 ni la hidup kta ni lebih bermakna.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers