Thursday, April 26, 2012

fresh graduate

As Salam..

Tahniah di ucapkan kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pelajaran (fresh graduate). fokus untuk belajar dan menghadapi peperiksaan dah berlalu.. dan sekarang ini, mereka bakal melangkah untuk menempuhi satu alam yang berbeza iaitu alam pekerjaan.. jadi, sekarang fokus mereka adalah untuk mendapat kerja.

kepada semua fresh graduate di luar sana...

mencari pekerjaan bukanlah mudah.. perlu berusaha, yakin, dan berdoa dan tak putus asa.. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. terpulang kepada rezeki dan usaha masing2.

1. usaha..

- cari info cara-cara buat resume yang terbaik. tak perlulah sampai 4-5 pages. resume yang terbaik ada 2 pages je.. ini tak, semua benda nak cerita sampai ambik kursus kahwin pun nak cerita.. adoii.. tulis yang penting2 je la.. rujuk kepada orang yang berpengalaman kalau tak tau..

bagi yang dapat called untuk interview,

-baca dan faham tugas-tugas dalam jawatan yang di pohon. nak jadi chemist tapi tak tau tugas chemist tu buat apa.. ambil tahu tugas utama pun dah cukup. jangan tak tahu langsung. sesetengah company tak iklankan job specs tapi secara amnya kita bole cari dan tahu basic punya job spec.

-study background company sangatlah penting.. especially what products they are manufactured?

2. belajar

- the most important things.. "WORK TO LEARN NEVER WORK FOR MONEY" because u are freshie.. banyak benda yang u all tak tahu.. yang u all kena belajar dari mula.. so.. niat kan dalam hati kerja untuk belajar..

oleh itu...

kepada freshie di luar sana.. jangan nak demand salary sangat.. kita tak ada experience tak perlu kot nak mintak sampai beribu riban.. huhu.. nak demand kat local company memang tak dapat la.. lainla MNC kan..

p/s: sakit hati bila x dapat jumpa peganti yang betul2 memnuhi kriteria.. T_T


Tuesday, April 24, 2012

Minggu terakhir

As Salam..

tinggal 3 hari lagi sebelum meninggalkan Fulian (RAiyA).. minggu ni my chemist agak busy adakan interview for candidates yang apply as assistant chemist to replace me.. sedih jugak sebab telah menyusahkan mereka dalam hal ini. sebab tu la semua bos sangat tak suka bila ada pekerjanya nak berhenti. mereka terpaksa mencari calon lain yang bersesuaian. untuk mencari peganti itu memang la susah. yang betul2 menepati kriteria yang mereka nak.. 

sedih..

bila mereka cakap: "ni semua sebab u.. kalau u tak berhenti tak da la kami nak susah payah macam ni."

masa ni hati perlulah kering.. hhuhu.. kalau tak jadi mcam first day time hantar resign letter.. bila bos tak bagi berhenti. nangis depan2 bos.. hahaha.. sangat teruk time tu.. sampai esoknya MC sebab banyak nangis.. huhu


Wednesday, April 11, 2012

1 amaran

1 malaysia gempar dengan bencana alam yang berlaku di Acheh semalam. Gempa bumi dengan scala richter 8.9 dan 8.5 cukup untuk memberi impact kepada seluruh utara semenanjung Malaysia. Gegaran yang berlaku di utara turut di alami oleh ku sendiri yang berada di seberang perai, Bukit minyak. Masa tu ku berada di dalam lab tiba-tiba terasa bergegar tengok sekeliling rak-rak buku, rak-rak samples semua bergegar. Masa ni memang dah dapat agak berlakunya gempa bumi Cuma tak pasti kat mana. Kemudian terus on facebook dan search apa yang telah terjadi.. bila baca komen2 rakan2 dalam facebook tak boleh di guna pakai sangat then search dalam website indonesia’s agency geological baru confirm yang gempa bumi berlaku dia Acheh..

Bila amaran tsunami dikeluarkan membuat ku betul2 risau dengan keselamatan orang2 tersayang kat penang. Huhu. Tapi masing2 berdoa dan tawakal dengan segala kemungkinan. Bila amaran tsunami di tarik balik, baru rasa lega. Alhamdulillah semuanya selamat di Malaysia ni.

Satu peringatan untuk kita..

Amaran tsunami di tarik balik..

Tapi amaran kiamat akan sentiasa berterusan..

Tertarik dengan satu post di dalam facebook:

Ya Allah namaMu byk disebut Oleh semua bangsa manusia.....mrk lupa Nama artis, fesyen, jenama kereta,lupa status mereka, Ada tan Sri
Atau kuli, mrk lupa Nama parti politik mrk, mrk lupa Nama pertubuhan mrk.... Mrk ingat Allah sebab kabar mengancam nyawa disebut CNN
BBC, TV3, RTM.....Maha bijaksana Mu ya Allah..bro tgk jalan2 tepi laut kosong... Bro terpaksa pi Sebab insan tersayang Ibu masih d hospital......,rupa2nya manusia masih sayang diri mrk..... Para Anbiya dah lama bg amaran Bahaya API neraka.,..belum teruja lg seperti amaran tsunami menerujakan mereka. Ya Rabb Ampuni Kami.

Sunday, April 1, 2012

1 month Notice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers