Tuesday, October 22, 2013

Anak

Seorang anak merupakan anugerah yang tak ternilai bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Menjadi impian dan harapan bagi setiap pasangan untuk memilikinya. Namun yang demikian, ramai pasangan yang sukar untuk memilikinya. Kenapa ya?

Kita harus ingat.. Anak juga merupakan rezeki dari Allah. Bila ada pasangan yang masih belum mempunyai anak  dikatakan belum ada rezeki lagi..
Mungkin juga Dia mahu menduga kita. ada hikmah di sebalik dugaan tersebut. Mungkin kewangan belum stabil lagi, masih tidak bersedia ataupun perlu memberi perhatian yang lebih pada orang tua. Bila dah beranak pinak perhatian untuk orang tua pasti juga berkurangan kerana perlu membahagi perhatian kepada pasangan, anak2 dan orang tua.

Yang penting janganlah berputus asa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang di idamkan..

Ya Allah.. kurniakanlah dan murahkanlah lah rezeki kami. Sesungguhnya kepadamu kami berharap dan memohon petunjuk...

Friday, October 11, 2013

Selamat hari lahir mak

As-salam..

What a great day!

Macam biasa hujung minggu kami akan balik kampung untuk jumpa orang yang tersayang. Nak dijadikan cerita 6 oct 2013 genap usia mak yang ke 62 tahun. Alhamdulillah... di waktu usia yang sudah lanjut mak masih kuat dan sihat. Syukur padaNya kerana memberi kesihatan yang baik pada mak. Cuma sakit urat tu ada jugak kadang-kadang tu pun bila banyak buat kerja. Style mak ni memang tak boleh duk diam. Ad saja keja yang nak dibuatnya..

Selamat hari lahir mak..

I love u so much..

Thanks kerana melahirkan dikdah ( masih guna nama manja even dah besar n bersuami.. hehe) dan menjaga, mendidik, mengasuh dengan penuh sabar dan tabah..
Segala pengorbananmu tak dapat ku balas melainkan doa yang akan sentiasa mengiringi mak..

Semoga Allah merahmati kehidupan mak didunia dan akhirat.

Terima kasih yang tak terhingga atas segala curahan kasih sayang yang telah mak berikan..

Kalau nak cerita semua pengorbanan mak memang panjang.. insyaAllah.. Nanti nak buat cerita pasal mak plak..

To be continued...

Monday, September 30, 2013

Cinta tanpa syarat

As-salam..

Ikhlaskah kita dalam memberi cinta pada orang yang kita sayang?

Anak.

Adalah anugerah yang tak ternilai yang diberikan kepada setiap pasangan. Juga merupakan bukti cinta si isteri dan sang suami.

Mereka memberi sepenuh kasih sayang kepada anak yang baru dilahirkan hingga dewasa.

Suatu hari si anak yang sangat cukup dengan kasih sayang ini telah menconteng arang dan sangat melukakan hati ibu dan ayahnya.

Tapi..

Mereka masih mampu untuk memaafkan dan masih mampu untuk menerima kita kembali setelah apa yang anak mereka lakukan.. 

kasih sayang yang mereka berikan sangat tulus dan ikhlas..

Mereka tak pernah mengharap balasan atas kasih sayang yang diberikan.. tiada syarat anak kena kasih dan sayang mak ayah seperti mana mak dan ayah yang mengasihi anak-anak mereka.

Betapa suci dan ikhlasnya mak dan ayah menyayangi anak-anak mereka..

Monday, September 23, 2013

Balik kampung

Salam..

Hari ni nak bercerita pasal balik kampung. Satu aktiviti wajib kami suami isteri pada setiap hujung minggu yakni sabtu dan ahad. Kalau tak balik kampung pun mesti kami akan travel bersama-sama family. Pernah jugak tak balik bila mana si suami kena kerja overtime.

Rutin tiap2 minggu kmi akan blik sabtu ptg sebb suami kerja half day dan bermalam di rumah mertua. Ptg ahad plak balik ke rumah mak plak. Bertolak blik ke penang normally pukul 5am dan terus masuk kerja.

Kenapa tiap2 minggu balik? X penat ke? Penang ke kuala nerang agak jauh. Sekurang-kurangnya 2 jam perjalanan. Tak lari bajet ke? Berapa cost sbulan untuk balik kg?

Antara soalan yang sering di ajukan oleh kawan-kawan.

Dan jawapannya...

Balik kampung or travel tiap2 minggu memang agak memenatkan..

Tapi bila balik dapat lihat wajah mak dan mertua sangat menenangkan jiwa. Kita kena ingat hanya melihat wajah-wajah orang tua kita sudah dapat pahala apatah lagi kalau kita berbuat baik dengan mereka. Bila dapat membuat mereka gembira hilang segala rasa penat dan letih yang ditanggung.

Rm500 bajet untuk balik kampung dalam sebulan. Minyak + tol + makan. Agak banyak sebenarnya sebab gaji kami berdua x ada la banyak sangat.. tapi duit bole dicari mak dan ayah tak bole di cari ganti. Selagi hayat mereka masih ada selagi tu la kami akan berbakti kepada mereka. Dengan balik bertanya khabar sudah mampu untuk buat mereka tersenyum dan gembira.

Sejak kematian ayah setahun yang lepas, memang mengajar kami untuk lebih menghargai mak dan mertua. Sekarang
Hanya tggal mak dan kak yang kurang upaya di rumah. Kalau dulu rumah mak sentiasa bising dengan suara kami 11 adik beradik.. kini mak agak kesunyian walaupun ditemani kakak yang kurang upaya.. mujur si kakak ada buat peneman emak. Sesungguhnya perancangan Allah memang hebat buat hambaNya.

Selepas 3 bulan arwah ayah meninggalkan kami.. aku telah bernikah dengan lelaki pilihanku sendiri selepas keluarga berbincang untuk mempercepatkan pernikahan kami sebab kemurungan yang dialami olehku selepas kematian ayah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bukan sahaja dapat suami tapi aku juga dapat mak dan ayah mertua yang sangat baik dan penyayang.. syukur sangat2. Allah telah mengantikan ayah dengan suami dan mertua yang sangat menyayangiku..

Oleh itu kasih sayang yang telah diberikan oleh mak dan mertua dapat kami balas dan hargai dengan balik tiap2 minggu untuk melihat dan menatap wajah mereka dan buat mereka gembira. Kami tak dapat nak bahagiakan mereka dengan wang dan ringgit yang banyak. sekadar mampu untuk balik ke kampung bertanyakan khabar, meluangkan masa bersama-sama, bawa berjalan-jalan dan belanja makan.

Sementara masa masih ada sebelum masing-masing menutup mata.

Buatlah baik kepada kedua-dua org tuamu.. sesungguhnya banyak ganjaran pahala menantimu

To be continued..

Tuesday, June 18, 2013

Baby

Assalam.

Balik kmpung minggu ni then dpt berita my best friend, nas telah selamat melahirkan anak sulongnya. Baby boy named fayyat. So ajak hubby untuk melawat kat hospital kuala nerang sebab baby kena admit due to jaundice. So si mak pun kena tahan sekali.

Monday, June 17, 2013

Selamat hari lahir cinta

Assalam

17 jun 2013. Suamiku dah berusia 25 tahun. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus hidup di dunia yg smentara ini. Terima kasih ya Allah kerana menjodohkan aku dengan suamiku yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Bersyukur sebab suami mempunyai kesihatan yang baik oleh itu dapat menemani dan melindungi si isteri yang lemah ni. 

Sempena hari lahir suami ni ku ada buat simple celebration bersama my family pada detik 17 jun. Kebetulan ad kat kg masa tu.

Then malam 17 jun makan malam kat steamboat restaurant.. heee..

Monday, June 10, 2013

Selamat pengantin baru

As-Salam

Selamat pengantin baru to me..

hehe.. Alhamdulillah selesai sudah majlis bertandang di rumah pengantin lelaki. jadi lepas ni tak de lagi nak memikir pasal persiapan majlis. walaupun hampir 4 bulan di ijabkabulkan tapi mood pengantin baru masih terasa.. :p di tambah pulak dengan jarak majlis di rumah pihak pengantin lelaki agak jauh.

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih especially to my lovely hubby.. Mohammad Hafizi Johari ..

My Family..

My Family in law..

Sahabat..

Jiran-jiran..

Di atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan dan juga terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kami berdua.. :)

saya sangat gembira mempunyai anda semua.. :D

saya juga sangat menyayangi anda semua.. hee

Pic kahwin update next entry je la.. :p

p/s : ucapan yang sangat ringkas kan? hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers