Tuesday, October 22, 2013

Anak

Seorang anak merupakan anugerah yang tak ternilai bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Menjadi impian dan harapan bagi setiap pasangan untuk memilikinya. Namun yang demikian, ramai pasangan yang sukar untuk memilikinya. Kenapa ya?

Kita harus ingat.. Anak juga merupakan rezeki dari Allah. Bila ada pasangan yang masih belum mempunyai anak  dikatakan belum ada rezeki lagi..
Mungkin juga Dia mahu menduga kita. ada hikmah di sebalik dugaan tersebut. Mungkin kewangan belum stabil lagi, masih tidak bersedia ataupun perlu memberi perhatian yang lebih pada orang tua. Bila dah beranak pinak perhatian untuk orang tua pasti juga berkurangan kerana perlu membahagi perhatian kepada pasangan, anak2 dan orang tua.

Yang penting janganlah berputus asa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang di idamkan..

Ya Allah.. kurniakanlah dan murahkanlah lah rezeki kami. Sesungguhnya kepadamu kami berharap dan memohon petunjuk...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers