Tuesday, October 22, 2013

Anak

Seorang anak merupakan anugerah yang tak ternilai bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Menjadi impian dan harapan bagi setiap pasangan untuk memilikinya. Namun yang demikian, ramai pasangan yang sukar untuk memilikinya. Kenapa ya?

Kita harus ingat.. Anak juga merupakan rezeki dari Allah. Bila ada pasangan yang masih belum mempunyai anak  dikatakan belum ada rezeki lagi..
Mungkin juga Dia mahu menduga kita. ada hikmah di sebalik dugaan tersebut. Mungkin kewangan belum stabil lagi, masih tidak bersedia ataupun perlu memberi perhatian yang lebih pada orang tua. Bila dah beranak pinak perhatian untuk orang tua pasti juga berkurangan kerana perlu membahagi perhatian kepada pasangan, anak2 dan orang tua.

Yang penting janganlah berputus asa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang di idamkan..

Ya Allah.. kurniakanlah dan murahkanlah lah rezeki kami. Sesungguhnya kepadamu kami berharap dan memohon petunjuk...

Friday, October 11, 2013

Selamat hari lahir mak

As-salam..

What a great day!

Macam biasa hujung minggu kami akan balik kampung untuk jumpa orang yang tersayang. Nak dijadikan cerita 6 oct 2013 genap usia mak yang ke 62 tahun. Alhamdulillah... di waktu usia yang sudah lanjut mak masih kuat dan sihat. Syukur padaNya kerana memberi kesihatan yang baik pada mak. Cuma sakit urat tu ada jugak kadang-kadang tu pun bila banyak buat kerja. Style mak ni memang tak boleh duk diam. Ad saja keja yang nak dibuatnya..

Selamat hari lahir mak..

I love u so much..

Thanks kerana melahirkan dikdah ( masih guna nama manja even dah besar n bersuami.. hehe) dan menjaga, mendidik, mengasuh dengan penuh sabar dan tabah..
Segala pengorbananmu tak dapat ku balas melainkan doa yang akan sentiasa mengiringi mak..

Semoga Allah merahmati kehidupan mak didunia dan akhirat.

Terima kasih yang tak terhingga atas segala curahan kasih sayang yang telah mak berikan..

Kalau nak cerita semua pengorbanan mak memang panjang.. insyaAllah.. Nanti nak buat cerita pasal mak plak..

To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers