Friday, August 26, 2011

Propylene Glycol dah blik

sangat teruja.. sangat suka..

dia dah balik.. alhamdulillah.. masih sihat walafiat walaupun banyak tekanan yg dilaluinya sepanjang berada jauh di perantauan..

disebabkan terlalu excited.. i telah menyusahkan diri untuk mengambil dia di Butterwoth.. mula2 ingat nk g air port tpi lmbat la plak kan.. so dia kena naik bus ke butterworth. i tak kisah la susah ke apa ka. janji dia dan aku happy.. haha (ofcoursela happy) :D dia pulak asyik cakap.. x payah la ambik kalau smpai mnyusahkan diri.. atlast dia jugak yg suka.. oh my Propylene Glycol(PG).. hahaha

suka dapat teman dia g interview dekat Bukit Mertajam lab.. hehe. dekat je dgn my rmah.. haha.. tp just try la.. tak tau dapat ke tak.. kalau dapat baguslah kan.. then dia terkejar pulak nak g Putra Medical Centre alor star. ada lagi 1 interview pukul 4.. so, nak kena naik bus awal la itula.. so.. i tawarkan diri untuk hantar ke alor star.. wah wah.. jauh gak perjalanan tu.. mmm.. tp x kisah la.. janji dua-dua happy.. hehe.. then tiba2 ngadu lapar. nak buka puasa mkn mcd. ada ka patut.. tapi bole je sebab dia kan musafir.. kesian plak kan.. dia pulak tahan je la.. haha.. naseb la

hujan plak time tu.. then jalan pun jam dekat BM tu.. smpai alor star dah dekat pukul 5. tak dapat la dia g interview tu.. tapi bole jumpa the next day.. naseb baik..

kemudian.. hantar dia jumpa family dia kat jakel.. hehe.. first time jumpa ayah dia.. sebelum ni tengok gambar je la. mak and adik2 dah jumpa dah sebelum ni. then dorang ajak berbuka sekali.. huhu.. memang nk sgt tapi dah lewat ptg.. hujan plak tu.. kalau balik mlm sorag2 takut.. so terpaksa menolak.. huhu.. sedih bila terpaksa menolak pelawaan mereka.. :(

he said its ok.. next time ada lgi.. hopefully ada la.. :)

Friday, August 19, 2011

Fasa Terakhir



sungguh cepat masa berlalu.. sekarang kita sudah masuk dalam fasa terakhir Ramadhan.. masa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam yang beriman untuk merebut malam LailatulQadar.

masa inilah kita perlu memecut dengan lebih laju untuk berjaya sampai ke garisan penamat dengan jayanya..

10 malam terakhir..

tetapi..

jemaah di masjid makin kurang..
kita sibuk ke pusat membeli-belah..
buat persiapaan raya..
buat itulah buat inilah..

macam mana nak dapat malam 1000 bulan ni?

semalam ada tonton semanis kurma.. panel jemputan adalah ustaz harun din bersama Dato' Malik Noor.. membincangkan mengenai fasa terakhir ramadhan, dan malam lailatulqadar.

siapa yang taknak kan dengan nikmat amalan menyamai 1000 bulan tersebut kan?

tapi hanya orang2 yang beriman, orang2 yang berusaha untuk mendapatkannya akan terpilih dan diberi nikmat malam tersebut olehNYA..

menurut ustaz harun din,

Bulan Ramadhan ada 3 peringkat saringan..
1-10 ramadhan = saringan pertama
11-19 ramadhan = saringan kedua
20-29 ramadhan = final

untuk masuk ke final, kita perlulah melalui saringan pertama dan kedua dahulu. maksudnya amalan2 yang kita lakukan mestilah banyak dan banyak dan banyak untuk melayakkan kita merebut malam 1000 bulan itu.. berusaha untuk beribadat dan sentiasa berdoa kepadaNya

p/s: terpilihkah kita?




Saturday, August 13, 2011

Kampung~ Dunia~


hari kedua berada di kampung sempena ramadhan tahun ni.. dan masuk hari kedua jugak ku tidak tidur after bersahur dan subuh.. hehe (tepuk tangan untuk diri sendiri)..

sangatlah tidak bagus jika tidur after subuh kan.. yang menariknya kat kampung tak dak la pulak aku nak tidur balik.. kenapa ye? hehe

aku pun tak tau.. tiba2 rasa rugi kalau tdur kat kampung.. masa yang singkat kena la manfaatkan sebaik mungkin,..

kehidupan kat dunia ni pun singkat.. tapi kenapa ku susah untuk manfaatkan ya?

balik kampung sekurang-kurangnya kita dah tahu kita akan tinggal selama beberapa hari..

tapi hidup kat dunia ni? kita tak tau.. tapi kenapa masih tak nak bersiap sedia untuk menghadapi itu semua.. oh sedarlah wahai diri..

tak kan masih nak enjoy kot? huhu..

kenapa aku tidur balik?
sebab pagi tu keja kot? haha.. alasan ja itu semua.. hmmm.. bila entah nak berubah

bila tak tidur balik.. ni la keja ak.. melukis, edit gambar.. dan tukar header blog ni.. hehe


yang ni rajin plak buat.. huhu

Balik Kampung

akhirnya buat pertama kalinya.. balik jugak kampung berbuka puasa dan bersahur bersama-sama family untuk ramadhan kali ni. tak payah la nak fikir nak makan apa, nak beli apa. kadang-kadang termenung mengenangkan masakan mak di kampung.. huhu

kalau tahun lepas memang sebulan duduk di rumah disebabkan menganggur masa tu.. hehe.. sekarang dah bekerja lainla suasananya.. haruslah kena terima hakikat..

perasaan seronok yang tak dapat digambarkan yang tak di gambarkan.. :D

tapi malam ni dah nak balik penang dah.. huhu

Friday, August 12, 2011

Jom Uji minda~



tengah duk berfacebook then baca 1 post dari seorang kawan.. ajie nama dia.. haaa ni dia.. jom baca then pakat-pakat fikir.. sebelum ni dah pernah jumpa soalan ni.. tapi sampai sekarang x dapat jawab.. then baru-baru ni soalan yang sama muncul balik.. so, ni la masanya untuk sambung berfikir..


fikir punya fikir tapi tak tau apa jawapan yang sebenarnya.. haha.. dah berapa ribu semut yang i makan ntah.. hehe. sungguh tak kreatif kan.. huhu

Pemalas

arghh.. malasnya nak buat keja tu.. malasnya nak pergi kerja.. malasnya nak keluar..
malas, malas, malas.. hmmmm

kenapa perlu malas?

"Ya Allah, aku berlindug dengan Mu dari kerunsingan dan dukacita, aku berlindung denganMu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung denganMu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung denganMu dari penindasan hutang dan lelaki"

bila nak berjaya kalau terus macam ni?

bangunlah wahai diri..

Thursday, August 11, 2011

Terbang


terbang burung terbang..
patah sayap di duga..
seandainya rebah kau masih ada..

lagu pokok nyanyian MUH & hazama bermain2 di dalam fikiran..

tiba-tiba rasa nak terbang pulak..
tapi dia tak bagi~
takut jatuh nanti susah..

tapi kalau jatuh pun.. dia kan masih ada.. lain la kalau dia tak ada.. mesti susah time tu.. tapi bila fikir balik.. jika ditakdirkan dia tak ada.. family, kawan-kawan masih ada jugak.. so..

nak terbang la.. :p

sebab bila terbang rasa sangat bahagia.. hehehehe

jom terbang~



Thursday, August 4, 2011

Nak itu~


terlalu mahu dan mahu,
terlupa apa yang perlu,


nak benda kat bawah ni~


iphone5.. haaa.. baru puas tgok.. dapt tgok gmbar pun jadi laa..

nak sangat benda ni.. bukan aku je yang mahu tapi ramai lagi yang mahu kan..

tapi fikir balik..
adakah kita memerlukannya?

jawapan ku: tak perlu..

kerana yang ku perlu hanyalah sebuah handphone.. yang dapat msg, dapat call, dapat mms (ini penting ok..;p)

ada yang ni pun dah puas..

cukuplah dengan hp ini sahaja.. walaupun dah banyak kali buat hal.. tapi still setia dengan ku lagi.. menjadi penghubung antara aku dan orang tuh.. hehehe


p/s: duit tak banyak tak bole la nak plan beli si hitam yg kat atas sekali tuh.. (keluar pun belum lagi haa.. macam mana nak beli.. adoii)

tak faham~

faham..
memahami..
difaham?

nak faham..

kena la cari..

sudah cuba..
tapi masih belum menemuinya..

ku lemah..
ku tak faham..

tak faham dengan diri ku seniri..

apa yang ku mahukan??

masih menari-nari mencari hala tuju..

..The most difficult phase of life is not when no one understands you but it is when you don't understand yourself..
yup.. im not understand myself.. seriously not.. it so difficult then..

-_-

p/s; nk faham diri sendiri pun susah.. ada hati nak faham org lain.. huhu

Tuesday, August 2, 2011

Kehadiran yang dinanti

akhirnya kamu sudah tiba.. kehadiranmu di nanti-nanti oleh semua umat islam yang amat menghargaimu, yang menginginkanmu.. kalau boleh setiap masa ingin ada bersama-sama.. untuk meningkatkan amal ibadat masing-masing.. tapi apakan daya kamu hanya datang sebulan sekali.. kami harus akur dengan ketentuan itu.. sebab itulah ia terlalu istimewa.. bulan yang penuh dengan keberkatan..

Welcome RAMADHAN

dulu..
ku tak peduli dengan kehadiranya..
ku membiarkan ia berlalu pergi dengan begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang istimewa pada waktu itu..
ku tidak ambil kisah dengan kelebihan yang ada..

kini..
bila ku sudah sedar..
ku sangat menginginkannya..
kehadirannya di nanti-nanti..
kerana ku ingin merebut segala peluang yang ada..
sebagai bekalan ku nanti..

harapan ku..
ku tidak akan mensia-sia kan lagi peluang yang ada ini..


dari p.cik google


bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers