Tuesday, May 31, 2011

3 bulan selepas

genap 3 bulan bekerja di fulian (M) Sdn. Bhd.

pernah terlintas di hati untuk bertukar kerja..
pernah terlintas di hati untuk tidak mahu lagi bekerja..
pernah rasa bosan dengan kerja..
pernah rasa tidak puas hati dengan kerja yang di beri..
pernah rasa tidak puas dengan bekerja..

bila difikirkan kembali..

untuk apa ku bekerja?

adakah
semata-mata kerana duit?
semata-mata kerana tuntutan hidup?
semata-mata kerana dunia?

pada mulanya memang itulah yang difikirkan..

mahu bekerja kerana duit.. untuk memenuhi tuntutan hidup.. untuk hidup di dunia ini..

oh duit~ di mana lagi kita akan ketemu ya? boleh tertekan jugak bila difikirkan.. memang tidak pernah cukup..

tapi.. ku bersyukur.. kerana fikiran jahat ku ini terus hilang bila fikiran baik mula menerpa.. (terima kasih kepada fikiran yang baik itu.. :p)

bersyukurlah dengan apa yg kau perolehi.. dengan rezeki yang di beri buat masa ini..
mungkin sekarang banyak ini yang kita dapat.. suatu hari nanti? hanya DIA yang tahu apa yg terbaik buat kita.. memang kita tidak nampak sekarang.. tapi.. ia akan datang perlahan-lahan..
yang penting.. bersyukur dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.. itu lagi penting..

daripada merungut untuk bertukar kerja.. itulah inilah.. lebih baik kita berusaha untuk memperbaiki kecekapan kerja kita.. :D

terima kasih boss kerana memberi kesedaran kepada diri ini.. next entry.. kita tengok apa boss telah bebelkan.. :p



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers