Monday, September 30, 2013

Cinta tanpa syarat

As-salam..

Ikhlaskah kita dalam memberi cinta pada orang yang kita sayang?

Anak.

Adalah anugerah yang tak ternilai yang diberikan kepada setiap pasangan. Juga merupakan bukti cinta si isteri dan sang suami.

Mereka memberi sepenuh kasih sayang kepada anak yang baru dilahirkan hingga dewasa.

Suatu hari si anak yang sangat cukup dengan kasih sayang ini telah menconteng arang dan sangat melukakan hati ibu dan ayahnya.

Tapi..

Mereka masih mampu untuk memaafkan dan masih mampu untuk menerima kita kembali setelah apa yang anak mereka lakukan.. 

kasih sayang yang mereka berikan sangat tulus dan ikhlas..

Mereka tak pernah mengharap balasan atas kasih sayang yang diberikan.. tiada syarat anak kena kasih dan sayang mak ayah seperti mana mak dan ayah yang mengasihi anak-anak mereka.

Betapa suci dan ikhlasnya mak dan ayah menyayangi anak-anak mereka..

Monday, September 23, 2013

Balik kampung

Salam..

Hari ni nak bercerita pasal balik kampung. Satu aktiviti wajib kami suami isteri pada setiap hujung minggu yakni sabtu dan ahad. Kalau tak balik kampung pun mesti kami akan travel bersama-sama family. Pernah jugak tak balik bila mana si suami kena kerja overtime.

Rutin tiap2 minggu kmi akan blik sabtu ptg sebb suami kerja half day dan bermalam di rumah mertua. Ptg ahad plak balik ke rumah mak plak. Bertolak blik ke penang normally pukul 5am dan terus masuk kerja.

Kenapa tiap2 minggu balik? X penat ke? Penang ke kuala nerang agak jauh. Sekurang-kurangnya 2 jam perjalanan. Tak lari bajet ke? Berapa cost sbulan untuk balik kg?

Antara soalan yang sering di ajukan oleh kawan-kawan.

Dan jawapannya...

Balik kampung or travel tiap2 minggu memang agak memenatkan..

Tapi bila balik dapat lihat wajah mak dan mertua sangat menenangkan jiwa. Kita kena ingat hanya melihat wajah-wajah orang tua kita sudah dapat pahala apatah lagi kalau kita berbuat baik dengan mereka. Bila dapat membuat mereka gembira hilang segala rasa penat dan letih yang ditanggung.

Rm500 bajet untuk balik kampung dalam sebulan. Minyak + tol + makan. Agak banyak sebenarnya sebab gaji kami berdua x ada la banyak sangat.. tapi duit bole dicari mak dan ayah tak bole di cari ganti. Selagi hayat mereka masih ada selagi tu la kami akan berbakti kepada mereka. Dengan balik bertanya khabar sudah mampu untuk buat mereka tersenyum dan gembira.

Sejak kematian ayah setahun yang lepas, memang mengajar kami untuk lebih menghargai mak dan mertua. Sekarang
Hanya tggal mak dan kak yang kurang upaya di rumah. Kalau dulu rumah mak sentiasa bising dengan suara kami 11 adik beradik.. kini mak agak kesunyian walaupun ditemani kakak yang kurang upaya.. mujur si kakak ada buat peneman emak. Sesungguhnya perancangan Allah memang hebat buat hambaNya.

Selepas 3 bulan arwah ayah meninggalkan kami.. aku telah bernikah dengan lelaki pilihanku sendiri selepas keluarga berbincang untuk mempercepatkan pernikahan kami sebab kemurungan yang dialami olehku selepas kematian ayah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bukan sahaja dapat suami tapi aku juga dapat mak dan ayah mertua yang sangat baik dan penyayang.. syukur sangat2. Allah telah mengantikan ayah dengan suami dan mertua yang sangat menyayangiku..

Oleh itu kasih sayang yang telah diberikan oleh mak dan mertua dapat kami balas dan hargai dengan balik tiap2 minggu untuk melihat dan menatap wajah mereka dan buat mereka gembira. Kami tak dapat nak bahagiakan mereka dengan wang dan ringgit yang banyak. sekadar mampu untuk balik ke kampung bertanyakan khabar, meluangkan masa bersama-sama, bawa berjalan-jalan dan belanja makan.

Sementara masa masih ada sebelum masing-masing menutup mata.

Buatlah baik kepada kedua-dua org tuamu.. sesungguhnya banyak ganjaran pahala menantimu

To be continued..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers