Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Kisah Sang kancil

Salah satu hobi saya adalah membaca. Membaca sangatlah bagus untuk menambah ilmu pengetahuan dan terus menjadikan kita orang yang berilmu. Dengan membaca kita dapat meluaskan pandangan dan fikiran dan juga Sentiasa berfikiran positif.

Antara buku kegemaran saya adalah Aku Terima nikahnya oleh ustaz Hasrizal Abd Jamil. Banyak input yang banyak saya dapat dalam buku ini. Bukan tips berumah tangga semata-mata tetapi banyak yang diselongkarkan oleh penulis. Membuatkan kita perlu berfikir dan tidak tumpu pada satu cerita atau pandangan sahaja.

Antara topik yang di kupas adalah cerita sang kancil. Sebut sahaja sang kancil, dalam fikiran kita sudah dapat mengenal pasti karakter sang kancil yang sangat bijaksana. Kita disajikan cerita kebijakan sang kancil dengan memperdayakan buaya untuk ke seberang sungai bagi mendapatkan buah rambai untuk mengisi perutnya. Banyak lagi cerita tentang kebijakan sang kancil memperdayakan haiwan2 lain. Di sini kita sangat kagum dengan kebijakannya dalam hikayat sang kancil sejak turun temurun.

Tetapi sedarkah kita tentang sikap sebenar sang kancil?

Ya. Dia memang bijak.

Tetapi dia telah menipu!

Manipulatif!

Untuk kepentingan diri sendiri.

Dia bijak menipu untuk keuntungan peribadi.

Watak sebegini dapat kita lihat dalam kehidupan kita sekarang ini. Ramai yang bijak pandai tetapi dalam diam mereka telah menipu kita tanpa sedar. Mungkin terpengaruh dengan cerita sang kancil agaknya?

Keinginan

As.Salam

Tetiba terasa nak pergi bercuti.. merehatkan diri yang selama ini telah bekerja keras. Sepatutnya hujung bulan disember ni nak bercuti ke Terengganu dengan keluarga mertua tapi ada beberapa kekangan yang tidak dapat kami elakkan.. sedih sangat. T_T

Jadi bulan depan kena jugak cari masa untuk pergi bercuti!! Haha. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.


Wednesday, November 14, 2012

Berhijrahlah..

Salam Maal Hijrah..

Hari ini merupakan cuti umum. Semua pekerja kerajaan dan kebanyakan pekerja swasta cuti hari ini. Tapi tempat ku bekerja tak cuti la pulak. Tapi tak mengapa kerana bekerja juga merupakan satu ibadah.. Kerja akan menjadi satu ibadah jika kita niat bekerja kerana Allah dan bekerja dengan Itqan (melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh)

Doa Sebelum kerja:

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yg ada di dlmnya, dan aku berlindung padaMu drp pekerjaan ini dan segala keburukan yg ada d dalamnya. sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yg Maha berkuasa menentukannya.


Berhijrahlah ke arah yang lebih baik..
Jika sebelum ni bekerja dengan sambil lewa..
Selepas ini bolehlah kita berhijrah dengan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh..

Semoga Allah merahmati kehidupan kita selepas ini..

Tuesday, November 13, 2012

Failure Candidates

Every morning I will check my email, and as expected there are so many application's email I got.. Since we are post ads in Jobstreet and Mudah so there a lot of applications. Average 50 applications per day.. and now about 200 applications I have received. But, i'm still frustrated because most of the candidates not qualified with our requirements.

There are no candidates experienced specific in personal care and Muslim consumer goods industries. Many of them come from engineering field which is not qualified in chemical industry.

For those who experienced in chemical industry , they are really demanding to get better salary.. This is local company and not multi national company (MNC).. So Rm4k basic salary requested is really high to demand here.

Most of the objectives not really acceptable in here. Since they mentioned they want to be a apart and work in MNC company, to be an engineer, and so their application totally rejected. Your objective is one of important part here. Also please update your resume~

For fresh graduated, you will be consider if u are really excell in your academic achievement and have a degree in chemistry. Unfortunately, most of them, have a degree in engineering which is not related in chemistry.

Wednesday, September 26, 2012

NEGARA MALAYSIA DI SERANG???

Hari minggu telah tiba..
Sangat excited untuk balik kampung..
balik pulak bersama my tunang..

Bila dah sampai ke kampung, masing-masing seronok.
sedang asyik bergembira dengan family tercinta di kampung tiba2 terdengar dentuman kuat di luar.. terasa gegaran akibat dentuman bom tersebut.
terdengar orang kampung menjerit.. kita kena BOM!!

semua ahli keluarga panik dan keluar rumah..
bila keluar dari rumah, dapat lihat dari jauh ada jet / kapal terbang di udara dengan banyak sekali..
makin dekat dan makin dekat..
kemudian di tembak, di bom bertalu-talu..

Kita kena serang!!
Lari selamatkan diri!!!

masing2 panik dan cuba menyelamatkan diri. tapi ramai yang terkorban..

sedang asyek melarikan diri tiba2.. terjaga dari tidur..

Astaghfirullahal'azim..

Mimpi yang sangat menakutkan..
sampai berpeluh-peluh selepas bangun..

Normally susah nak ingat mimpi2 ni.. tapi mimpi ni memang segar di ingatan.. sungguh menakutkan.

Apa akan jadi kalau betul2 Malaysia di serang lagi?
Mustahil? Tak mustahil?

Wallahua'lam..

Ya Allah.. jauhkanlah kami dari di timpa bencana..


Wednesday, September 12, 2012

Nikmat yang ditarik sebentar..

Good DAy~

Terbangun selepas my prince call sebelum dia masuk kerja.. memang itu rutin harian sebelum masuk kerja untuk mendapatkan satu semangat semasa menjalankan tugas. Tugas buah hati i ni memang agak sukar terutamanya masa nak ambil darah pesakit.. Salah satu tugasnya adalah mencucuk orang.. I pun dah pernah kena cucuk dengan dia.. huhuhu.. time tu badan gatal2 then dia terpaksa mencucuk lengan i untuk mengambil darah untuk buat allergic test..

Bila dah bangun terus ambil baju dalam washing machine yang dah di basuh sebelum tu. Ambil satu persatu..

tiba2..

ternampak sesuatu.. terus menjerit..

MAk~!!! kunci kereta.. (jerit dalam hati ja) Matila matila.. dah la tak da kunci spare.. dengan harapan kunci tu still ok..

terus mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja..

sepanjang perjalanan ke kereta.. hati ini mengharapkan alarm kunci kereta ini berfungsi.. Yela.. baru lepas mandi dalam washing machine mestilah segar. jadi mestila lagi ok.. tak gitu?

Tapi..

bila tekan dua, tiga kali tak ada pulak responnnya.. aduhai sayang.. tambah satu lagi masalah.. ha amek kau.. rajin sangat mandikan kunci tu sapa suruh??

Nak kena buat apa ni??

Buntu.. tak tau nak buat apa. Motor pun tak da. then call boss cakap lambat sikit sebab problem kunci kereta so dia suruh settlekan dulu. (naseb baik boss sgt memahami).

Sedih.. then termenangis di situ.. Ya Allah kuatkan hatiku..

Then call abg2.. my fiance not included sebab dia busy then hospital tak ada line untuk celcom.. salah satu sebab kenapa dia selalu call pagi2.. bila dah masuk kerja memang terputus hubungan dengan dunia luar. Abg first suruh pergi proton cervice centre.

call proton service centre pulak tapi kunci tu kena order dulu. so tak bole dapat dalam kadar segera.. ingatkan nak terus gi sana.. haha macam la ada transport nak g sampai Sg. Pinang tu.. huhu

abg second plak suruh bukak manually.. gilak ke apa? memang la bole tapi mana i tau nak matikan penggera tu.. aiseymen.. kang tak pasal2 kena maki hamun ngan jiran2 kat apartment tuh.. x sanggup x sanggup lainla kalo ada orang yg pandai buat..

Memang buntu.. tak tau nak buat apa.. so, berjalan keluar. niat di hati nak cari bengkel kereta mana la tau bole menyelesaikan masalah.. tapi bila keluar ke jalan raya ternampak bas, terus fikir baik pergi kerja naik bas.. tapi bas tu dah jauh.. tak sempat nak kejar.. so kena tunggu bas yang lain..

tapi nak tunggu bus rasa macam lama pulak then saja berjalan menuju ke jalan besar. tunggu bas kat sana je la.. masa berjalan tu macam2 fikir..

Nikmat yang diberi ditarik sebentar.. tapi ku rasa bersyukur.. sebab masih ada kaki untuk berjalan.. masih ada duit untuk buat tambang..

first time pergi kerja naik bas dan berjalan kaki! hehe.. what a best experience.. jauh jugak berjalan.. lebih 1km agaknya sampai kaki pun melecet..  pada mulanya sedikit sedih tapi akhirnya ku tersenyum sendirian.. :)


Friday, September 7, 2012

Nama bakal pasangan sama dengan bekas kekasih??

 
 

Apa nak buat kalau orang yang kita minat dan suka tu nama panggilan sama plak dengan kita punya ex?
orang yang kita suka tu pulak bakal dijadikan sebagai pasangan hidup..

Betul atau tidak yang..
nama panggilan yang sama bole kita bakal mengingatkan kembali kepada bekas kekasih yang lama?..

Oh tidak!

Jadi, sila tukar nama panggilan yang lain kepada bakal pasangan anda even nama tu orang lain tak pernah panggil.. so lagi special kan? ^_^

satu lagi cabaran dan dugaan yang bakal di hadapi oleh kita bila.. family dan kawan2 yang tahu pasal bekas kekasih kita tu..

kemudian mereka akan cakap..

tak ada nama lain dah ke nak cari?
kenapa nama nak sama?
suka dengan nama tu ke?
tak bole berpisah dengan nama tu ke?

yang lagi jahat bila ada yang cakap kat bakal pasangan kita tu..

eh nama kau sama la dengan nama bekas bakal pasangan kau tu..
entah2 dia suka kau sebab nama sama kan..

mesti ada jugak yang nak cucuk2 jarum ni kan..

huhuhu..

Jodoh, Qada' dan Qadar semua dah ditentukan..


Bila kita dah ready untuk berpasangan dengan orang lain, bermaksud kita dah lama lupakan bekas kita tu.. dah lari2 jauh2 dah pun.. hehe

 nama yang sama tak bermaksud perangai pun sama kan? :)
 

Tawaran masuk University!!



cita-cita masa kecik dulu nak masuk Universiti.. Bila dapat tawaran belajar di Universiti, memang excited.. betul tak?

bila cerita pasal cita-cita ni.. just a typical ambition.. to be a doctor, teacher, scientist..

One of my biggest ambition is to be a dentist.. hehe.. sebab gigi buruk kot? :p

Tapi at matriculation level, i tak passed untuk further in medical field.. my pointer just suitable to apply normal science courses.. then my first choice is to study in Biotech then followed by chemistry..

dapat tawaran belajar di Uitm in Applied Chemistry.. pilihan ketujuh ok.. haha.. dah last2.. nasib baik kena dengan minat.. :D

last week.. 2 sept 2012

follow my fiance and family to send his youngest sister to UPSI.. A teacher to be.. :) InsyaAllah.. so excited.. my memory when register at UiTM perlis 5 years ago datang menari2.. huhu.. tapi banyak dah lupa.. T_T  just 5 years ok..

teringat mak, ayah + abang yang hantar masa tu.. persamaan antara kami adalah :
  • mempunyai barang yg banyak
  • bilik terletak dia aras 4, blok hujung sekali..
  • terpaksa berulang kali naik atas turun tangga untuk pindah barang..
haha.. what a nice memory.. :)

Monday, July 30, 2012

Disiplin

Menjadi orang yang berdisiplin adalah sangat susah bagiku.. dari zaman belajar sampailah sekarang..

masa belajar dulu..

pernah buat timetable.. timetable untuk study, solat, main
tapi mostly tak ikut.. then buat something ikut suka hati.. kadang2 yang tak plan bole buat plak.. yang plan entah ke mana..
one of the factor to success is discipline!
huhu sebab tu la kot i'm not so success bila belajar dulu.

Tak apala.. usah di kenangkan benda yang lepas.. just kenang untuk di jadikan pengajaran then berusaha pada masa hadapan pulak.. so terasa untuk mencabar diri ni.. untuk menjadi seorang yang berdisiplin. ooo YES!

Kalau dulu nak berjaya sebagai seorang pelajar, sekarang nak berjaya sebagai seorang Muslimah, seorang anak, seorang pekerja dan bakal isteri yang berkaliber.. hehehe..

terasa tercabar then i'd made daily checklist for me.. (kita tengok sejauh mana diri ni boleh berdisiplin)

Kalau dulu susah nak ikut tak akan sekarang yang dah berumur 24 tahun ni tak boleh pulak kan? aish buat malu jer kat budak2 sekolah yang sangat berdisiplin tu kan?

Please la buang sifat2 malas yang ada pada diri tu.. try untuk menjadi lebih rajin dan yang penting lebih berdisiplin!! Chaiyok!!
















Friday, July 27, 2012

Bertunang

Khitbah/Bertunang adalah muqaddimah atau permulaan kepada  nikah atau kahwin. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya?  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

tapi..

bagaimana pula yang dah kenal ataupun berkawan selama beberapa bulan, beberapa tahun? perlu ke bertunang ni?

Pernah juga tengok kat facebook ada orang update and share status mengatakan bila si lelaki melamar si perempuan dan setuju, itupun dah di kira bertunang.. yeke? 

so.. tak perlula kot nak buat majlis tunang ni since dah kenal bakal suami kita tu kan.. especially yang dah kenal bertahun-tahun. hehe.. so, nikah je terus.. haha.. (tak sabar le tu)
kalau ikutkan hati memang nak nikah je terus. senang.. :p. bertunang ni pun tak wajib cuma tuntutan adat maybe?.. ada apa dengan adat? adat nak ikut sangat.. tapi hukum? mmm.. ada yg ikut ada jugak yang tak. kadang2 yang tak ikut tu lagi banyak dari yang ikut..  (Based on my housemate punya nasihat)

for me, adat bertunang ni perlu sebab dalam tempoh tu bolela siapkan diri, belajar memasak ke, menjahit ke, kontrol emosi, dll sebelum menempuh ke alam seterusnya. yang paling penting time ni la nak kumpul duit dengan bersungguh2 untuk buat kenduri kahwin nanti. :)

Trend majlis pertunangan zaman sekarang plak memang dah grand sangat2.. siap ada pelamin, khemah pastu siap kad jemputan lagi.. dah macam nak buat kenduri kahwin dah.. hehe.. tak pe la dorang kan mampu.. nak buat besar mana pun buat la..



so, pada yang golongan yang biasa2 ni.. tak perlu la nak membazir nak buat tu nak buat ni masa majlis pertunangan tu nanti.. buat ala kadar mengikut kemampuan.. jangan nak pening2 kepala.. nak buat tu nak buat ni.. nak ada tu nak ada ni, kalau ikutkan hati sangat.. haaa botak la kepala.. belum nikah tapi dah over nak buat macam2. oh please! Ukur baju di badan sendiri ok!

Mood: Menghitung hari..

Wednesday, July 11, 2012

Masa bujang masa untuk enjoy?

kau kan masih muda..
buat apa nak kahwin awal2..
rileksla..
muda2 la time kita nak enjoy..
biar enjoy puas2 dulu baru la kahwin..
baru awal 20-an tapi dah nak kahwin..

kenapa ramai yang cakap macm tu ek?
nak enjoy tu mesti masa muda ke?
mesti masa bujang ke?

bila dah berkahwin tak boleh enjoy ke?

normally after married,
bila si suami keluar ngan kawan2, balik lewat malam sebab tgok bola, makan2, sembang2.. dll
nak pulak selalu keluar dan balik lewat kan.
si isteri mula bising.. ayat yang biasa digunakan:
abang ni kenapa? masa muda2 dulu tak puas enjoy ke? dan mulalah pertengkaran di situ (based on experience orang, cerita2 kat tv,)

waktu nak enjoy ni tak perlu la terhad pada waktu2 tertentu..
sebab kita manusia..
kadang2 kita perlukan masa untuk berhibur @ enjoy.. tapi berhibur yang tidak melampau.. boleh nak enjoy tapi dalam hati masih ingat DIA yang satu.


Enjoy lepas kahwin lagi best what.. enjoy bersama pasangan masing2 tambah2 pulak bila dah ada anak2.. mesti rasa bahagia kan.. then bila nak keluar ngan kawan2 why not bawak isteri masing2.. masing2 boleh enjoy kan..
tapi ikut keadaan la.. kadang2 bila dah ada kecik mmg susah nak keluar bersama kan especially bila dah larut malam.
apa2 pun si suami pun kalau nak keluar malam ngan kawan2 bole.. tapi jangan smpai balik lewat malam.. kesian kat si isteri dan anak2 kat rumah.. kang tak pasal2 kena tidur kat luar rumah.. huhu

Wednesday, June 20, 2012

makin cerah~

tiba-tiba hari ni ada orang tegur..

wan..
u nampak makin cerah ye sekarang.. guna product apa? product company kita ka? haha.. sempat lagi dia berseloroh..

sorry to say la..
kalau tak dapat free jangan harap la i nak beli.. :p

betul ke makin cerah?

jeng jeng jeng.. guna apakah?

actually first masuk kerja dulu tak make up pun.. just pakai compact powder je pun. then beberapa minggu yang lepas ada buat facial and they said my skin so kering and need to apply moisturizer, cream bla bla bla.. (huh.bosan).

after that baru la terhegeh-hegeh nak jaga muka kan.. b4 ni ada jgak jga tpi just basic one la. cuci muka, apply toner, then compact powder, lip balm. tu je? haha.. sgt x perempuan kan..



normally make up and perempuan tak dapat di pisahkan..
but not for me..

i tak suka make up..
sampai kawan2 ckp nanti bila dah ada bf mesti hari2 make up. haha.. tapi bila dah ada bf pun tak make up sgt pun..sampai si dia tegur. and my answer is.. ala nanti after kahwin i make up la tiap2 hari.. just for u.. make up sekarang nak tayang kat sapa (haha.. jawapan selamat).

kenapa tak suka make up?

1. sebab proses untuk make up tu mengambil masa yang agak lama?
2. sebab bila make up kena ada barang2 skin care yang banyak like toner, serum, moisturizer, bb cream, foundation, blusher, mascara, eyeliner, dll (so wasteful?)
3. very risk? cause involve so many chemicals inside?
4. Tabarruj

and my answer is more to no. 3 and 4. yes. confirm.. because i more prefer to eat ulam2 and take care of my skin traditionally.  lebih jimat dari segi masa dan kewangan. I have used to apply aloe vera, eat carrots and tomatoes, ulam-ulam.. tapi since dah move to penang, dah jarang makan dan guna semua ni.

dan yang paling penting adalah nak elakkan dari tabarruj..





dan bila dah ada duit..

mulala nak beli products yang ada kat pasaran sekarang.. dah mula lupakan cara traditional tu.. ye la sekarang kan dah moden?

huhu.. bila ada duit.. semua manusia menjadi malas kan? aishh..

so.. sekarang dah ada 1 set skin care..
dah mula nak ber make up.. just basic one la.. dan niat untuk menjaga kulit muka dan bukannya untuk tabarruj.

and hasilnya.. ada orang tegur kulit makin cerah.. kira berkesan jugak la ye.. hehe.. actually my skin memang cerah jugak pada mulanya.. di sebabkan diri ni terlalu aktif, bersukan dari darjah 4 dan sampai sekarang naik motor.. kulit terdedah kepada cahaya matahari membuatkan kulit menjadi letih, lesu dan bertambah gelap.. so niat di hati hanya nak elakkan kulit become worst dan jaga apa yang patut.


Tuesday, June 12, 2012

Bila tak solat

Menunaikan solat merupakan satu kewajipan yang wajib bagi setiap orang yang beragama islam.
merupakan ibadat yang paling penting bagi setiap muslim dan muslimat..
solat tiang agama..
tidak lengkap solatmu..
tidak lengkaplah imanmu..

5 waktu sehari..
subuh, zohor, asar, maghrib, isyak..
yang hanya mengambil masa 10-15 minit pada setiap waktu..
untuk menyembah dan sujud pada sang pencipta.. tanda kita sebagai hambaNYA..

jadi kenapa masih tak solat?

solatlah kita walau dimana kita berada..
ketika azan dilaungkan.. tanda waktu untuk solat sudahpun tiba..
berhentilah segala perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan pada masa itu..
ayuh.. solatlah..

bila ia merupakan satu kewajipan ke atas kita..
walaupun di mana kita berada..
solatlah.. jika masuk waktunya..
walaupun tiada surau, masjid, bilik yang selesa..
carilah tempat yang bersih untuk menunaikan ibadat yang wajib ini..
tiada surau atau masjid bukan alasan untuk kita meninggalkan solat..


 sekadar gambar hiasan

TAPI..

kebanyakan orang islam sekarang..
tidak menjadikan solat sebagai satu kewajipan..
kadang2 solat.. kadang2 tak..
bila solat pun tapi lambat..
selalu tangguh menagguh..
kemudian terlupa..
bila terlupa tak solat..

Sedihkan?

 Allah Ta’ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)

Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam.

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir. (klik sini untuk rujukan) 



Sangat menakutkan.. 

sebab..
kadang2 x ingat pun nak solat.. 
kadang2 suka tangguh solat..
bila keluar shopping atau dating solat entah ke mana.
sangat teruk.. 

ku bersyukur..
DIA masih memberikan ku waktu..
untuk berubah..
untuk melaksanakan kewajipan ini dengan sempurna..

Ya Allah..
permudahkanlah segala urusan kami..
kuatkanlah hati dan iman kami..


semoga istiqamah.. InsyaAllah.. :)




Wednesday, May 9, 2012

Menyesal?


selepas setahun di seberang penang, kini menjejak kaki pula ke pulau..

harapan ku..

semoga semua kerja dan urusan di penang.. akan dipermudahkan.. InsyaAllah..

bermula di tempat baru pada hari pertama tidak la seindah mana mengenangkan hati masih terkenangkan dengan suasana di tempat lama..

bila keadaan di tempat baru jauh berbeza dengan tempat lama membuatkan hati begitu sayu sekali.. rindu dengan lab, rindu dengan rakan2 sekerja.

Selepas seminggu bekerja di tempat baru, perasaan tu masih tak hilang..

apa2 pun.. hati ini kena kuat..

keputusan telah di buat..

harus menghargai dan menghormati segala2 nya..

tak pernah menyesal dengan apa yang telah terjadi..

sebab..

segala yang berlaku ada hikmahnya.. :)




Wednesday, April 11, 2012

1 amaran

1 malaysia gempar dengan bencana alam yang berlaku di Acheh semalam. Gempa bumi dengan scala richter 8.9 dan 8.5 cukup untuk memberi impact kepada seluruh utara semenanjung Malaysia. Gegaran yang berlaku di utara turut di alami oleh ku sendiri yang berada di seberang perai, Bukit minyak. Masa tu ku berada di dalam lab tiba-tiba terasa bergegar tengok sekeliling rak-rak buku, rak-rak samples semua bergegar. Masa ni memang dah dapat agak berlakunya gempa bumi Cuma tak pasti kat mana. Kemudian terus on facebook dan search apa yang telah terjadi.. bila baca komen2 rakan2 dalam facebook tak boleh di guna pakai sangat then search dalam website indonesia’s agency geological baru confirm yang gempa bumi berlaku dia Acheh..

Bila amaran tsunami dikeluarkan membuat ku betul2 risau dengan keselamatan orang2 tersayang kat penang. Huhu. Tapi masing2 berdoa dan tawakal dengan segala kemungkinan. Bila amaran tsunami di tarik balik, baru rasa lega. Alhamdulillah semuanya selamat di Malaysia ni.

Satu peringatan untuk kita..

Amaran tsunami di tarik balik..

Tapi amaran kiamat akan sentiasa berterusan..

Tertarik dengan satu post di dalam facebook:

Ya Allah namaMu byk disebut Oleh semua bangsa manusia.....mrk lupa Nama artis, fesyen, jenama kereta,lupa status mereka, Ada tan Sri
Atau kuli, mrk lupa Nama parti politik mrk, mrk lupa Nama pertubuhan mrk.... Mrk ingat Allah sebab kabar mengancam nyawa disebut CNN
BBC, TV3, RTM.....Maha bijaksana Mu ya Allah..bro tgk jalan2 tepi laut kosong... Bro terpaksa pi Sebab insan tersayang Ibu masih d hospital......,rupa2nya manusia masih sayang diri mrk..... Para Anbiya dah lama bg amaran Bahaya API neraka.,..belum teruja lg seperti amaran tsunami menerujakan mereka. Ya Rabb Ampuni Kami.

Sunday, December 18, 2011

Just Smile

Salam..

Good day~

He always said.:

u are looking great when u are smile.. so just keep smiling..


i know i am strong person..
please stop to cry~
keep smiling.. :)

Sunday, December 11, 2011

Tyre Punctured..

Salam..

what a "dabomb" weekend.. spend time at kampung with beloved family, bf's family and friends were really da best.. ^_^ tapi semua tu sekejap je. 3 hari memang tak puas. kalau nak puas kena la stay kat kampung.. :D (kalaula boleh.. )

3 hari yang sangat padat dengan aktiviti.. attend kenduri kahwin kawan2 sekolah, lepak dengan member2 sekolah and for sure together with him. :D then malam pun keluar lagi, esok pun keluar lagi sampai my nephew said: maktam ni asyik keluaq dengan kawan ja. keluaq keluaq keluaq (keluar).. hehe. adesss kesian mereka tak smpat nk bermain2 puas dengan my twin notty tu.. huhu.

my twin nephew..

sekarang dah ada kat penang.. tapi yang best pagi tadi tayar motor pancit.. huhu sedih. datang kerja lewat hari ni.. :( actually time tu bengkel motor tak bukak lagi. tapi dengan penuh harapan terus mencari dan terus mencari dah la tayar dah flat sangat.. gelong2 dah motor tu.. huhu kesian kat tayar.. rosak dah.. singgah stesen minyak untuk isi angin tayar pun tak mebantu. cepat sangt tayar tu flat balik.. then terpaksa jugak bawak slow2 dari tolak sorang2 diri. sanggup naik lagi.. bernasib baik apabila ada sorang lelaki india yang kebetulan ada kits untuk tukar tayar pancit datang membantu.. Alhamdulillah.. :) dia pulak tak charge mahal pun.


Besi ni la menyebabkan tayarku pancit.. besar. no wonder la bila isi angin cepat je flat balik. bocor teruk smpai rosak tayar luar.. :(

Sunday, October 23, 2011

Jauh

kita dekat..

tapi kita makin jauh...

terasa kah kau dengan ku?

dah lama kita tak jumpa kan?
sampai buat ku tak ingat sejak bila last kita jumpa..

dah lama kita tak makan malam sama2 kan?
last kita makan sama2 masa bukak puasa last 2 month.. dah lama kot..

padahal dulu selalu jugak kita keluar makan.. keluar shoping.. keluar jalan2..

kenapa jadi macam ni?

masing2 tak da la sibuk mana.. huhuhu..

bila msg, just tanya khabar.. tu pun ak yang start dulu.. sbb i really miss u.. then kau hanya reply sekali dua ja..

ak ad buat silap ke? huhu (mungkin)

mintak maaf.. andai diri ini telah melukakanmu..

i miss u my dear pnut.. (T_T)

Thursday, September 8, 2011

Work Vs Money


i remembered 1 quote from Robert Tiyosaki.. he said: "work to learn, don't work for money"..

i tried to use this quote, to remind me about what i'm doing right now. keep learning.. and not to think much about money..

suddenly.. when unexpected thing happened.. i really think about it.. think about money..
fuuuhh.. so tired la.. i need money.. yes.. i really need it.. huhu..

bersyukurlah apa yang kau ada.. kau ada kerja.. ada gaji.. orang lain? tak banyak pun still ada income kan?

tapi.. tak dapat banyak macam orang lain.. :(

tiba-tiba nak bandingkan dengan orang lain..

haha.. apadaa.. cuba la bersyukur sikit..

Alhamdulillah.. :)

haaa.. macam tu laa..

..monolog sendirian..

p/s: Hp dah rosak.. xda bajet lagi nak beli.. sebab tu tiba2 jadi tak betol.. tiba2 jadi mata duitan.. haha

Tuesday, September 6, 2011

cerita lebaran


Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..
hehe ucapan dah lapuk la.. tapi tak pa. still syawal kan. cuti selama 10 hari.. hehe.. memang la tak puas kan.. apa pun kerja tetap kena buat. hari ni masuk kerja dengan penuh semangat~ yeah.

sejak balik dari kampung ni semangat lain macam sikit. makin berkobar-kobar. untuk memperbaiki diri yang banyak kekurangan ini..

rumusan untuk raya kali ni.. memang dabomb la.. haha.. happy ja dari awal tibanya ke kampung sampai la petang semalam..

kali ni memang beraya puas. dari hari raya pertama sampai la hari raya ke enam. jumpa kawan-kawan, sanak saudara yang ramai itu.. NGEE.. :D dan yang paling best.. my PG pun ada untuk memeriahkan my raya kali ni.. hehe. mentang2 dah balik kan.. kalau boleh hari2 nak jumpa.. tapi tak bole la ikut kan perasaan.. masing2 ada family. ada tanggungjawab tersendiri. so, tak da la nak keluar hari2..

masing-masing dah jumpa family dah.. mudah2an adalah jalan yang terbaik buat kami.. InsyaAllah..
syukurlah family sangat excited nak jumpa dengan dia. akak2 abg2 semua beria-ria nak g beraya kat rumah dia. sampai ada yang nak g beraya pada hari raya kedua. padahal family dia buat open house raya ketiga. so, ada yang tak dapat join. just pergi dengan 2 keta je la.. kalo semua ada, mmg penuh la rumah dia.. haha. pepun. makan best.. 2 kali makan. nasi & laksa. sempoi~ :D

cerita lebaran di kampung berakhir sudah semalam.. bila dia dah hantar balik ke sini.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers