Sunday, December 15, 2013

Kisah Sang kancil

Salah satu hobi saya adalah membaca. Membaca sangatlah bagus untuk menambah ilmu pengetahuan dan terus menjadikan kita orang yang berilmu. Dengan membaca kita dapat meluaskan pandangan dan fikiran dan juga Sentiasa berfikiran positif.

Antara buku kegemaran saya adalah Aku Terima nikahnya oleh ustaz Hasrizal Abd Jamil. Banyak input yang banyak saya dapat dalam buku ini. Bukan tips berumah tangga semata-mata tetapi banyak yang diselongkarkan oleh penulis. Membuatkan kita perlu berfikir dan tidak tumpu pada satu cerita atau pandangan sahaja.

Antara topik yang di kupas adalah cerita sang kancil. Sebut sahaja sang kancil, dalam fikiran kita sudah dapat mengenal pasti karakter sang kancil yang sangat bijaksana. Kita disajikan cerita kebijakan sang kancil dengan memperdayakan buaya untuk ke seberang sungai bagi mendapatkan buah rambai untuk mengisi perutnya. Banyak lagi cerita tentang kebijakan sang kancil memperdayakan haiwan2 lain. Di sini kita sangat kagum dengan kebijakannya dalam hikayat sang kancil sejak turun temurun.

Tetapi sedarkah kita tentang sikap sebenar sang kancil?

Ya. Dia memang bijak.

Tetapi dia telah menipu!

Manipulatif!

Untuk kepentingan diri sendiri.

Dia bijak menipu untuk keuntungan peribadi.

Watak sebegini dapat kita lihat dalam kehidupan kita sekarang ini. Ramai yang bijak pandai tetapi dalam diam mereka telah menipu kita tanpa sedar. Mungkin terpengaruh dengan cerita sang kancil agaknya?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers