Tuesday, June 12, 2012

Bila tak solat

Menunaikan solat merupakan satu kewajipan yang wajib bagi setiap orang yang beragama islam.
merupakan ibadat yang paling penting bagi setiap muslim dan muslimat..
solat tiang agama..
tidak lengkap solatmu..
tidak lengkaplah imanmu..

5 waktu sehari..
subuh, zohor, asar, maghrib, isyak..
yang hanya mengambil masa 10-15 minit pada setiap waktu..
untuk menyembah dan sujud pada sang pencipta.. tanda kita sebagai hambaNYA..

jadi kenapa masih tak solat?

solatlah kita walau dimana kita berada..
ketika azan dilaungkan.. tanda waktu untuk solat sudahpun tiba..
berhentilah segala perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan pada masa itu..
ayuh.. solatlah..

bila ia merupakan satu kewajipan ke atas kita..
walaupun di mana kita berada..
solatlah.. jika masuk waktunya..
walaupun tiada surau, masjid, bilik yang selesa..
carilah tempat yang bersih untuk menunaikan ibadat yang wajib ini..
tiada surau atau masjid bukan alasan untuk kita meninggalkan solat..


 sekadar gambar hiasan

TAPI..

kebanyakan orang islam sekarang..
tidak menjadikan solat sebagai satu kewajipan..
kadang2 solat.. kadang2 tak..
bila solat pun tapi lambat..
selalu tangguh menagguh..
kemudian terlupa..
bila terlupa tak solat..

Sedihkan?

 Allah Ta’ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)

Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam.

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir. (klik sini untuk rujukan) 



Sangat menakutkan.. 

sebab..
kadang2 x ingat pun nak solat.. 
kadang2 suka tangguh solat..
bila keluar shopping atau dating solat entah ke mana.
sangat teruk.. 

ku bersyukur..
DIA masih memberikan ku waktu..
untuk berubah..
untuk melaksanakan kewajipan ini dengan sempurna..

Ya Allah..
permudahkanlah segala urusan kami..
kuatkanlah hati dan iman kami..


semoga istiqamah.. InsyaAllah.. :)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers