Friday, July 27, 2012

Bertunang

Khitbah/Bertunang adalah muqaddimah atau permulaan kepada  nikah atau kahwin. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya?  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

tapi..

bagaimana pula yang dah kenal ataupun berkawan selama beberapa bulan, beberapa tahun? perlu ke bertunang ni?

Pernah juga tengok kat facebook ada orang update and share status mengatakan bila si lelaki melamar si perempuan dan setuju, itupun dah di kira bertunang.. yeke? 

so.. tak perlula kot nak buat majlis tunang ni since dah kenal bakal suami kita tu kan.. especially yang dah kenal bertahun-tahun. hehe.. so, nikah je terus.. haha.. (tak sabar le tu)
kalau ikutkan hati memang nak nikah je terus. senang.. :p. bertunang ni pun tak wajib cuma tuntutan adat maybe?.. ada apa dengan adat? adat nak ikut sangat.. tapi hukum? mmm.. ada yg ikut ada jugak yang tak. kadang2 yang tak ikut tu lagi banyak dari yang ikut..  (Based on my housemate punya nasihat)

for me, adat bertunang ni perlu sebab dalam tempoh tu bolela siapkan diri, belajar memasak ke, menjahit ke, kontrol emosi, dll sebelum menempuh ke alam seterusnya. yang paling penting time ni la nak kumpul duit dengan bersungguh2 untuk buat kenduri kahwin nanti. :)

Trend majlis pertunangan zaman sekarang plak memang dah grand sangat2.. siap ada pelamin, khemah pastu siap kad jemputan lagi.. dah macam nak buat kenduri kahwin dah.. hehe.. tak pe la dorang kan mampu.. nak buat besar mana pun buat la..



so, pada yang golongan yang biasa2 ni.. tak perlu la nak membazir nak buat tu nak buat ni masa majlis pertunangan tu nanti.. buat ala kadar mengikut kemampuan.. jangan nak pening2 kepala.. nak buat tu nak buat ni.. nak ada tu nak ada ni, kalau ikutkan hati sangat.. haaa botak la kepala.. belum nikah tapi dah over nak buat macam2. oh please! Ukur baju di badan sendiri ok!

Mood: Menghitung hari..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers