Tuesday, December 17, 2013

Bami nak kahwin~!

Weekend baru-baru ni kami tak balik sebab Hafizi kerja pada hari ahad lepas. Jarang untuk kami tidak balik. Rasa ralat pulak sebab hari bahagia Bami tinggal beberapa hari saja lagi. Tak dapat join mak untuk kemas rumah dan buat persediaan yang sepatutnya pada minggu yang terakhir ini.

Bami adalah my lovely brother yang ketiga. umur dah 31 tahun. Alhamdulillah bertemu jodoh juga akhirnya. Dengan gadis pilihan yang bernama Raihana Izyan Diyana dan lebih popular dengan gelaran Ana.
Ana adalah bekas my housemate di Mutiara Perdana sejak 1 May hingga july 2012. Berkenalan dengan dia masa hari pertama masuk rumah. Masa tu Bami lah menjadi abang yang superb sebab tolong angkat semua barang2 i untuk pindah ke Bayan Lepas dari Bukit Tengah (Seberang Prai). Banyak jugak barang-barangnya sampai penuh 1 kereta. Heee.. disebabkan terlampau banyak i ada jugak mengajak i punya boypren untuk membantu. Masa ni belum kahwin lagi. >_<

Masa sampai di rumah sewa baru itu, Seorang gadis bertudung litup membuka pintu rumah. Masa ni mana ada kunci rumah lagi kan. Manis orangnya berkulit cerah pulak tu. Cantik jugakla kan. Rupa-rupanya ada orang yang menaruh hati. Sapa lagi kalau bukan abang i yang masih single tu. tak kan boypren i pulak kan?
Selepas beberapa minggu Bami ada meluahkan hasrat hati untuk berkenalan dengan Ana kepada kami berdua (Hafizi & I). i sangat suka la kan. sebab si Ana ni orangnya baik dan menjaga adab dan tatasusila. boleh dikategorikan sebagai perempuan melayu terakhir jugakla.. hehe (ciri-ciri yang bami mencari selama ini) sebelum Bami menyatakan hasrat hati dia tu memang i ada rekomen si Ana ni. Selalu juga cerita pasal Ana ni kat dia thats why la dia nak berkenalan. haha. So dengan bantuan kami, berjaya jugak mengajak Ana keluar makan sama-sama. Actually susah jugak nak ajak Ana ni keluar makan malam sama2. sebabnya after balik kerja normally dia akan duk rumah dan masak sendiri. yang kami pulak asek keluar makan kat luar je. almaklumla dekat kan.

Sebelum Ana berkenalan dengan Bami dia berkenalan dengan Fizi dulu. Disebabkan keramahan kami berdua, si Ana ni mudah je masuk dan berkawan dengan kami dia pun boleh tahan kelakar jugak orangnya. suka buat lawak dan ketawa.. haha. comei~! patutla Bami terpikat.. hehe
So, dia tak kekok untuk keluar makan bersama kami bila kami beria2 mengajak dia keluar. haha. Trick sebenarnya. sebab masa ni Ana dah nak balik Kampung. Kontrak dia dengan Tabung Haji dah cukup setahun. then ajak Bami keluar sama2. masa ni la mereka berjumpa buat pertama kalinya. So sweet. tapi si Ana ni slumberja kami tengok. tak da la nak malu2 or control bagai. so i memang suka dia.. haha.
start dari situ Bami mintak No phone Ana. Sebelum pass kat Bami ofcourse la i mintak izin Ana dulu kan. konon nak tolong cari kerja untuk Ana ni. Then dia sendiri adjust tanpa bantuan kami lagi.

 Alhamdulillah hubungan mereka akan berakhir dengan ikatan yang sah tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan lancar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers