As-Salam
Hampir 4 bulan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan diadakan, kini majlis bertandang pulak akan diadakan di rumah pengantin lelaki yang mengambil masa yang agak lama juga. Biasanya, majlis resepsi dan bertandang ni buat tarikh hampir-hampir je. senang sekali harung je kan. tapi kami lain sikit. sebab nak mencari kelainan la.. haha.. ye la tu.. banyak sebab sebenarnya. ramai yang tertanya-tanya kenapa buat lambat? padahal rumah kami dekat je.. Pepun kita hanya merancang.. DIA yang menentukannya.. so jangan banyak tanya ok.. datang je la bila kami dah jemput tu..
Tak sabar nak naik pelamin untuk kali kedua.. heee.. Macam biasa, kami akan balik tiap-tiap minggu untuk kemas rumah dan yang sewaktu dengannya... membeli-belah dengan mak ayah mertua. untuk majlis ni mak ayah mertua yang banyak terlibat. kalau kat rumah pengantin perempuan dulu, mak i duk di rumah je sebab masih dalam iddah ( kematian ayah). Jadi semua proses tempahan katering, bahan2 untuk goodies, jemputan, kad, & semua persiapan, semua adik-beradik i yang tolong. mak kat rumah cuma kemas2 rumah je.. still bagi big contribution jugak apa.. yang kami berdua ni just keluarkan duit dan balik tiap2 minggu untuk tengok kemajuan.. hehe bertuah sungguh ada adik beradik yang ramai ni.. 11 adik beradik.. dan semua bagi kerjasama bagi menjayakan majlis tersebut.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir majlis resepsi. Terima kasih tak terhingga di ucapkan pada yang terlibat especially yg datang dan yg memberi sumbangan.
Persiapan untuk majlis bertandang
Adik-beradik husband pun ramai.. tapi tak boleh lawan i lagi la.. hehe..jadi diorang pun banyak menolong untuk buat persiapan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga pada kalian semua.. Especially pada mak dan ayah mertua yang banyak terlibat dari awal lagi.
baju kahwin kami pun mak mertua yang buat. (dia tukang jahit.. :) even tengah sakit. rasa bersalah sangat kat dia tapi dia sungguh-sungguh nak tengok anak & menantu dia pakai baju yang dia jahit..
Kad kahwin plak kami yang tempah tapi mak dan ayah mertua yang terlibat untuk jemput semua orang-orang kampung dan saudara-mara.
Makanan.. kami orang kampung masih muafakat untuk majlis kenduri kahwin. so gotong-royong untuk memasak makanan masa kenduri nanti. No catering.. heee. so agak penat jugak la terutamanya mak ayah untuk memikirkan menu dan beli barang-barang untuk di masak. beras kami beli di bukit kayu hitam sebab boleh dapat beras yang elok pada harga yang murah.. :) menu utama adalah dari daging lembu sebab ayah mertua dah beli lembu 1 ekor.
Goodies bag.. adik & kak ipar yang tolong buat bersama-sama anak buah. my husband just keluarkan duit untuk prepare barang-barang. barang-barang untuk goodies bag sama-sama keluarkan bajet.
Pelamin.. kami buat sendiri je. tak tempah pun kat luar sebab dah ada rangka untuk buat pelamin. just beli kain dan barang-barang perhiasan.
DJ & gendang silat.. DJ ayah mertua yang tempah then gendang silat kami yang cari sendiri. senang je tempah kat my abang.. hehe.. Arwah ayah adalah pengasas kepada muzik gendang silat dan telah menubuhkan
kumpulan gendang silat warisan pujangga. sekarang abang ketiga yang ambil alih tugas ayah untuk mengetuai kumpulan tersebut.
banyak lagi persiapan yang perlu buat cuma setakat ni je la yang bole i cerita.. heee..