Wednesday, December 12, 2012

Pencurik syiling!!

11 Disember 2012.

7.30 am

Tiba di rumah sewa selepas menjaga Kak Ni yang sakit di Hospital Besar Pulau Pinang (GH) untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja. Bukak je pintu bilik. Terkejut! Almari terbukak, drawer pun terbukak dengan baju bersepah-sepah kat lantai.

Terus cari tabung.

kosong...

Duit syiling ku hilang.. syiling yang ku simpan selama setahun lebih bekerja di Penang ni.

Yang tu je barang berharga yang ada dalam bilik masa tu.

Last kira beberapa bulan yang lepas RM160.. rasanya sekarang mesti dah cecah RM200 lebih.

Tak ada rezeki..

Ku tak sedih cuma terkejut.

Terus ku dapatkan Kak Nurul (the only housemate i have).

Kak Nurul.. rumah kita ada orang masuk ke?

Dia terkejut. Kemudian baru dapat jawapan kenapa pintu bilik terbuka then barang-barang dia pun beubah tempat. baru dia tahu rumah kena masuk pencuri. tapi kat ruang tamu elok je barang-barang tersusun. sah! nak curi duit je.

Terus siap-siap pergi kerja then after kerja baru buat report polis.

Bila polis datang menyiasat, tanya jiran sebelah. jiran sebelah cakap dia nampak ada seorang lelaki melayu masuk ke rumah kami. dia ingatkan kawan kami dan tak expect langsung pencuri. so that, dia ignore je la sampai polis tanya baru dia tahu orang tu pencuri.

Check tombol pintu ada cebisan kad terlekat di celah-celah kayu. pencuri tu masuk melalui pintu depan and my housemate tak lock grill and mangga. So that, pencuri dapat masuk bila dapat unlock tombol pintu kat depan tu.

Rezeki kau pencurik..

dapat duit tabungku yang sangat ku sayang..

baru je cadang nak masukkan dalam tabung haji since duit tabung tu dah penuh..

the only syilings that i have in kampung.. sempat simpan dalam bank. cuma 1 tabung lagi jer yang tak sempat sebab dah dicurik. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers