"mak ada mimpi malam semalam, mak nampak ayah dok rumah baru yang tersergam indah. mak tak boleh masuk rumah tu. Rumah tu khas utk ayah saja. Cantik sangat perabot-perabot dalam rumah tu"
Ayah..
Tempatmu bakal di syurga ayah,
walaupun kat dunia ayah tak dapat nak merasa
duduk di rumah besar, rumah cantik,
tak dapat nak beli perabot-perabot cantik,
Sebab hidup ayah tak mewah mana,
Untuk memiliki semua benda-benda tersebut di dunia.
Dunia ini sementara kan ayah?
Benda-benda yang cantik kat dunia ni tak kekal,
hanya sementara..
Sebab tu ayah tak ajar anak-anak ayah untuk cinta dunia semata-mata.
Ayah tak beri kami kemewahan.
Sebab ayah tahu benda kat dunia ni sementara.
Ayah sentiasa ajar kami hidup sederhana.
Cari benda-benda yang perlu saja,
Yang boleh cari pahala banyak-banyak
Buat bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.
Terima kasih ayah..
Kerana telah buat kami sedar,
Yang dunia ini hanya sementara.
Buat kami berusaha untuk mengejar akhirat dan syurga yang kekal abadi
0 comments:
Post a Comment