kerana ciptaan Tuhan itu indah,
kita terbit daripada rusuk lelaki,
bukan dekat kepala untuk dijunjungi,
bukan dekat bahu untuk membebani,
bukan dekat lengan untuk dijulangi,
bukan dekat jari untuk disakiti,
bukan dekat pinggul untuk dihenyaki,
bukan dekat lutut untuk ditindihi,
bukan dekat kaki untuk ditunggangi,
tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia,
disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang,
kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi,
maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga,
menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama,
terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka,
sehingga jalannya yang paling hujung,
sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...
by: AbuHanifah
0 comments:
Post a Comment