Thursday, July 22, 2010

BILA KU MENGGIGIL

kisah ku sebagai "waitress'

Ada seorang mamat polis ni.. muka garang.. seperti biasa ku akan mengambil order.. entah kenapa ak rasa kecut je ngan dia.. first.. dia ni cakap memang tegas.. time pesan makanan pun suara dah tinggi.. huhu.. takut den.. ok.. then, ku akan bawa semua pesanan-pesanan tesebut.. bila sampai di meja dia ni.. tiba-tiba rasa kecut entah kenapa.. padahal dia tu bukannya siapa-siapa pun.. polis je pun.. itupun nak takut.,. apedaaaa~!!

kemudian, tiba masanya nak mengangkat teh o panas yang dipesannya itu.. tanpa kuduga.. tanpa ku pinta.. tanganku menggigil.. dah tu apa lagi berkocak air teh tu sampai meleleh keluar.. adesss~ malu gila weh.. dia pun pelik dan berkata..

si polis: aih! sampai menggigil haa.. tak kan takut dengan saya kot?
ku: (hanya mampu tersenyum then memblahkan diri dari tempat itu.. hoho.. )




Saturday, July 17, 2010

SHAYE COMEiii~!!!

pada suatu malam...

ada seorang ibu bersama 2 orang anaknya..
1) boy - about 5 years old
2) bby girl - about 2 years old ----> she is so cute ok.. dengan rambut kenteng2nyer itu.. :p

tanpa membuang masa ku ke meja mereka tuk mengambil order..

ibu: bagi akak 2 public phone ( jgn berasa hairan yer.. ini nma tuk salah satu menu di situ yang merupakan set nasi putih disediakan dengan ayam goreng, telur mata, sup sayur, & kopok ikan) mknan ni si ibu tersebut memesan untuk kedua anaknya itu..

kemudian.. untuk mengambil order yang lain.. macam biasa laa.. ku akan merendah diri ku sedikit untuk memberi ruang kepada pendengaran ku ini.. hehe... time tengah untuk menunggu si ibu ini memesan makanan untuk dirinya, si baby girl yang duduk di dalam baby chair.. memang berada dekat dengan ku.. dia memegang pipiku.. terkejut jugak.. tapi ku membiarkan nyer.. sebab suke plak bila diperlakukan begitu.. hahaha.. sambil membelai2 my cheek.. dia cakap.. kakak.. kakak.. ku berpaling kepadanya sambil tersenyum dan berkata.. ye adik.. :)

after ibunya memesan semuanya.. ku pon berlalu pergi..

sambil menunggu makanan kepada customer siap di masak, ku akan menunggu di counter bayaran, just prepare kalau2 ada customer yang nak bayar.. kalau tiada customer, ku hanya akan menunggu di kaunter dapur je sambil menunggu makanan siap di masak..

kebetulan meja si ibu dan 2 orang anaknya itu hanya bersebelahan jer dengan kaunter yang ku duduk.. bila ku lalu je kat meja mereka.. si kecil itu akan memanggilku.. akak.. akak.. ku hanya mampu tersenyum dan membalas sapaan dia itu.. ye adik..

then.. dia panggil lagi.. akak.. akak.. sambil melambai2.. mengisyaratkan supaya ku pergi kemejanya.. haha.. kebetulan tiada kerja, ku pergi ke mejanya..

ku: ye adik.. adik nama apa?
adik kecik: naaaa.. (itu je yg ak dengar.. huhu)
ibu: qistina..
ku: oooo.. qistina.. adik qistina ni chumella
adik kecik: smbil gelak2.. yeee.. shaye chommmeeiiii~!! (sambil menunjuk kan tgn ke dada)
ku: haha (ku hnya mmpu tergelak dengan keletahnye itu.. tp bby itu mmg sgt chumell..huhu)

then.. terus ku melayan keletahnyer itu..
yg buat ku terkejut.. dia bole habiskan separuh nasi yg dia mkn itu.. lupa nk ckp.. dia quite tembam skit.. itu yg menmbahkan kecumelan dia itu.. hoho

bila ada customer lain, terpaksa meninggalkan meja itu.. then bila dah kembali.. tgok dorang dah tiada.. huhu.. tak sempat nak mngucapkan bye bye kat adik chumel itu.. huhu

hope dorang datang lagi after ni.. :)


Friday, July 16, 2010

AKU BUKAN LAGI PENGANGGUR...




SELASIH CAFE~!!

the new waitress is coming~!!!

who??

she is _____?

a girl, name wan cdah... :)

ok laaa kan..

ku tak kisah bekerja sebagai apa2 pun..
yang penting..
ku tidak meminta2 lagi..
atleast ku ada pendapatan sndiri..

hampir 2 minggu ku bekerja di situ.. from 11am to 11/12am.. every saturday to thursday..

dengan gaji yg tidak seberapa.. tpi ku bersyukur dengan apa yg ada..

memang memenatkan ye bila kerja di kedai makan ni.. especially time orang ramai.. mak aih... tidak berhenti melakukan kerja.. ambil order, hantar order, lap meja, angkat pinggan mangkuk, sapu sampah.. dibuat berulang2 kali hinggakan kakiku sakit x terhinggaa... hoho.. mana tak sakit
.. disebabkan sebelum ini menjadi penganggur terhormat.. then, tiba2 kena buat kerja berat.. ofcourse la rasa tak sedap badan..

tapi.. ku tak menjadikan itu sebagai halangan.. kerana..

ku tetap kerja disitu dengan bersungguh-sungguh.. walaupun satu badan menahan sakit (sementara nak biasa kan diri)..

masuk minggu ke2.. ku sudah dapat membiasakan diri.. sakit itu memang sakit.. tapi itu bukanlah halangannya.. yang penting kita ikhlas membuat kerja.. then, kerja di situ memang mengajarku banyak perkara..

bagaimana nak berkomunikasi dengan orang..
melayan kehendak orang..

yang memang sukar untuk aku melakukannya sebelum ini..

kerja disitu memang banyak kenangan2 manis yang ku dapat..

yang pasti.. ku suka dengan kerja part time ku sekarang ini... :)

Thursday, July 8, 2010

AKU SEORANG PENGGANGUR..

ALHAMDULILLAH..

dah abes buat ijazah..

dan sekarang masanya untuk merasai nikmat menganggur.. APA ITU MENGANGGUR?? menurut pemahamanku.. seseorang yang tidak melakukan sebarang pekerjaan untuk mendapatkan duit.. yang hanya berada di rumah menghabiskan duit mak ayah.. tidur, makan, tengok tv, melayari internet dan bermain game.. hehe.. itulah rutin harianku sempena hari menganggur ku.. :p

apa nikmatnya menjadi seorang penganggur?

1) tidak penat
2) bebas melakukan rutin yang menyeronokkan diri.. tanpa ada guide dari BOS
3) dapat online setiap masa
4) boleh keluar ngan kawan2 anytime
5) boleh pergi bercuti kemana2 tanpa minta cuti pada BOS
6) ada orang bagi duit
7) dapat tengok TV, main game setiap masa..
8) dapat main ngan anak saudara yang semakin nakal dak kecoh itu.. :D

tapi..

jadi penganggur ni amatlah tidak baik.. sebab?

1) merugikan masa.. orang lain dapt buat duit wlupun 1 saat.. tp penganggur?
2) menyusahkan mak bapak yang selalu bagi duit, bagi makan kat kita..
3) cenderung untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah..
4) tak bergaul dengan orang.. asyik terperap kat rumah je
5) menjeleskan orang lain
6) otak tak berkembang sebab dah tak selalu berfikir
7) diri tak terurus

dan perkara yang paling penting adalah.. PENGANGGUR TIADA DUIT.. oleh itu

8) tak boleh shopping benda2 feveret
9) selalu habiskan masa window shoping je.. haha
DLL

tapi.. pekerjaan ku yang ini hanya bertahan selama sebulan setengah jer.. selepas itu.. apabila ku tersentak dari lamunan.. ku harus mencari kerja.. kerja apakah itu?

Friday, June 4, 2010

DOA

ku tertarik dengan satu tulisan yang menghuraikan tentang doa kita kepada Allah S.W.T melalui
"Said Badiuzzaman An Nursi" di dalam risalah-risalah An Nur beliau.

beliau memberikan analogi umpama seorang budak yang mengadu sakit dan meminta ubat daripada doktor.

Ada kalanya doktor akan memberikan apa yang dikehendaki oleh budak itu untuk menyembuhkan kesakitannya.

Adakalanya doktor tersebut akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta oleh budak tadi untuk menyelesaikan masalahnya dan ada kalanya doktor tidak memberikan apa-apa kepada budak tadi kerana dia tahu ubat tersebut akan membawa
kemudharatan kepada budak itu dan akhirnya kesakitan itu pergi dan budak itu kembali sihat.

Begitulah adanya apa yang berlaku kepada setiap permintaan dan permohonan yang kita panjatkan kepada Allah dalam setiap doa-doa kita.

Dia berjanji untuk menjawab segala permohonan kita kepadaNya namun Dia tidak menjamin akan menerima dan memberikan se'bijik' apa yang kita mohonkan itu.

oleh itu, sentiasalah kita berdoa apa yang terbaik untuk diri kita supaya kita mendapat rahmat dariNYA.. tambahan pula doa juga merupakan satu ibadah..

p/s: kita perlu perbanyakkan doa ke atas orang-orang palestin.. semoga mereka mendapat perlindungan dan rahmat dariNYA..

Thursday, June 3, 2010

SUKA KAT DIA~

semua orang akan ada perasaan suka kan? masing-masing mesti ada crush pada sapa2..
hehe..
same goes to me..

sebelum meluahkan perasaan kamu tu, selidik la dahulu.. sama ada dia masih single ataupun tidak.. dan yang paling penting mesti confirmkan status si dia.. takut diri sendiri yang malu nanti.. huhu..

bila si dia dah ada yang punya..
so, kamu mestilah mengundur diri..
yang penting doakanlah kebahagiaan dia bersama pilihan hatinya..
last sekali jangan rasa sedih sebab tidak dapat bersama dia walaupun memang suka gila kat dia..

sebab.. ada yang lebih baik menanti kamu..


i also had crush~!! huhu
dengan sape? jeng jeng jeng...

ku mudah suka dekat orang..
especially pada sapa yang buat baik kepadaku..

antara semua orang yang ku suka.. ada 1 kaum adam ni yang sangatlah ku berkenan.. huhu..

memang ciri2 lelaki idaman kaum hawa laa.. hoho

sebab?

dia ni kan..
-berpelajaran dan beragama..
-quite gentleman
-tidak merokok
-penyayang.. sebab? suka layan budak2.. kita dapat tahu lelaki yang penyayang ini, bila kita dapat tengok dia layan budak2 macam mana..
-dia selalu memberi nasihat kepadaku.. kena buat tu kena buat ini.. tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.. ciri2 ketua yang baik lah orang kata.. dan sesuai untuk membimbing keluarga kelak..
-setiap kata2 nya memang menusuk di kalbu..
-kelakar.. memang x kering gusi la kalau berbual dengannya..

so no wonder la i had a crush.. with him.. lalalala

memang terlintas di hati ku ini untuk berdamping dengannya sebagai seorang _____. (fill sendiri la ye.. :p)

tapi..

DIA tahu apa yang lebih baik untuk diriku..
DIA tahu apa yang lebih baik untuk diri orang itu..

jodoh dia dah sampai.. dengan pilihan hatinya..

tapi ku tak menyesal kerana pernah admire kat dia.. bila jumpa orang yang macam dia.. ku percaya ramai lagi orang yang macam dia dan yang lebih baik dari diri dia..

tugasku sekarang..
usaha dan berdoa untuk mendapat yang lebih baik..
dan yang paling penting..

tuk mendapat yang lebih baik..
diri ini juga mestilah baik.. +akufobia+ kata : kena buat baik dan mesti buat baik dalam semua keadaan tak kira duduk, baring, berdiri, sapa kata tak boleh?

Wednesday, June 2, 2010

KU KEMBALI DIA PULA YANG PERGI

sudah beberapa minggu ku hanya di rumah menanti bulan jatuh ke riba yang sampai ke hari ini masih tidak kunjung tiba.. huhu

yang pasti ku dah kembali ke kampung halaman setelah 3 tahun di tempat orang, sementara menuggu untuk jejak kaki ke tempat orang yang lain pula..



kembalinya ku disini..
ada pula yang akan keluar mencari ilmu di peringkat seterusnya setelah bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.. adikku yang bongsu.. bakal menjejakkan kaki ke Kolej Mara Kuala Nerang esok.. tatkala member2 yang lain sudah daftar pada 10 Mei yang lepas, tapi dia.. daftar untuk second intake..

Gud Luck dear~ quite tough jugakla since u'd left sesi pembelajaran about 3 weeks ago..
mungkin kamu akan tertekan untuk catch up blik semua yang tertinggal itu..

nway, i'll pray the best for u..
semoganya perjalananmu sepanjang menuntut ilmu di sana dipermudahkan.. INsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FiZZyRose

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

you & me

Daisypath Friendship tickers